Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan!
Semenjak pandemik Covid-19 melanda dua tahun yang lepas, banyak benda tergendala kan? Pelbagai SOP diterapkan untuk musim perayaan, dan ini termasuklah pembatalan bufet-bufet Ramadan sejak dua tahun yang lepas. Tapi jangan risau, sbb tahun 2022 ini dah banyak kelonggaran diberikan dan istimewanya untuk tahun 2022, BGR ingin mengembalikan semangat “Balik Kampung” walau di mana jua kampung kita berada.
Tema BGR tahun ini adalah “lftar Together-Gather” dan BGR berharap dapat memenuhi kehendak orang ramai untuk menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan di suasana yang membawa perasaan nostalgia. BGR akan menjadi tempat untuk bertemu di mana tetamu boleh meluangkan masa bersama, bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim sambil berbuka puasa bersama. Amalan biasa sebegini yang kita rindukan semenjak dua tahun yang lalu.

Untuk bulan Ramadan tahun ini, para chef BGR akan terus membawakan kepada kita pelbagai jenis hidangan yang enak, yang penting BGR masih lagi menghidangkan hidangan kegemaran semua dan juga memperkenalkan hidangan yang baru.
Tetamu-tetamu boleh merasai kembali hidangan yang paling popular seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.
Dan seperti kebiasaan, BGR akan menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang dijiamin kesegarannya dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan Iftar dan tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu “farm to fork”.
Nasi Kerabu, satu hidangan tradisional dengan nasi yang berwarna biru dan ulam-ulaman segar yang ditanam sendiri dan disajikan bersama ayam kampung goreng, ikan masin, keropok serta sos dan bahan sampingan lain. Warna biru semulajadi yang digunakan di dalam Nasi Kerabu adalah dari Bunga Telang yang ditanam di ladang mereka. Wajib cuba tau, sebab ini antara menu yang menjadi pilihan Sally setiap kali ke BGR.
Korean Fried Chicken
BGR akan memperkenalkan hidangan terbaru pada tahun ini iaitu, Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers; yang semestinya akan merangsangkan deria rasa kita.
Laksa Singapore
BGR merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima Sijil HACCP untuk ruangan dapur / yang tidak perlu dikhuatiri komitmen BGR terhadap Halalan Toyyiban, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.
Para tetamu boleh berbuka puasa dengan senang hati dengan adanya kemudahan di BGR seperti 800 lot parkir kereta yang percuma serta ruangan surau yang cukup besar untuk tetamu / lelaki dan wanita. BGR terus mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam premis perniagaan mereka.
Lemang dan Rendang Daging
Pulut dengan Serawa Durian
Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga di kawasan bufet.
Semua tetamu yang datang ke BGR mestilah lengkap dos vaksinasi untuk memasuki premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga bakal ditugaskan di sini untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan. Bufet Ramadan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022. Harga Bufet Ramadan adalah bermula dari RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM30.00 untuk seorang kanak-kanak.
Untuk mendapatkan harga secara untuk tempahan secara berkumpulan, boleh gunakan pautan ini Bangi Golf Resort - Ramadan Bufet 2022. Semua harga adalah tertakluk kepada cas 6% SST.
Bangi Golf Resort Restaurant
Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan: 1700-821-457
Email: enquiry@bgrrest.com
Laman Web: http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort
Instagram: @bangigolfresortofficial

2 Comments
Meriah ya bufet tahun ni hehe
ReplyDeleteAduh terliur tengok semuanya
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!