#BufetRamadan2022 : Selera Yeob di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Selera Yeob, tema untuk bufet Ramadan yang akan diadakan di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Istimewanya bufet ini menawarkan pelbagai hidangan Melayu tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur terletak di Jalan Ampang yang juga dikenali sebagai Embassy Row, dan terletak tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas dan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Bufet yang akan diadakan di Restoran TrEat menawarkan tiga set menu bufet makan malam yang akan dijalankan secara bergilir sepanjang Ramadan. Menu-menu ini dihasilkan oleh Chef Joe, Sous Chef Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur.



Antara hidangan tradisional istimewa yang wajib cuba seperti Ikan 3 Rasa, Masak Lemak Udang dengan Nenas, Rendang Daging Minang, Kuzi Kambing, Ayam Masak Itam dan banyak lagi. Terdapat banyak gerai di tepi kolam yang menyediakan hidangan barbeku, sate, ais kacang dan juga ais krim.



Bufet sempena Ramadan Selera Yeob bermula dari 8 hingga 29 April 2022, dari jam 7:00 sehingga 10:00 malam, di Restoran TrEat. Harga bufet RM88 untuk dewasa, RM44 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan potongan 20% untuk warga emas berumur 55 tahun ke atas.



Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur sentiasa mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam premis perniagaan mereka.







Nikmati diskaun pembelian awal sebanyak 10% sehingga 31 Mac 2022. Baucar tersedia untuk pembelian terus dari Restoran TrEat. Hubungi atau WhatsApp +6010 901 5783 atau e-mel events.hotel-residence-kualalumpur@oakwood.com untuk membuat pembelian. Kadar diskaun istimewa juga disediakan untuk tempahan berkumpulan 5 orang dan ke atas. Hubungi atau WhatsApp Cik Noraini Ahmad, Pengarah Jualan di +6017 870 8258.





Secara peribadi, Sally rasa kat sini memang istimewa untuk peminat masakan tradisional. Semuanya sangat sedap dan sangat berbaloi. Selain daripada pilihan yang pelbagai, menu rotation memberikan kita lebih pilihan, jadinya takde la sepanjang Ramadan menu yang sama kan.

Kalau tanya, Sally memang suka dengan semua masakan, terutamanya Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku, Kari Ayam dengan Kentang, dan juga pilihan Kek Lapis yang pelbagai, semestinya dibawa khas daripada Sarawak.



Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur menawarkan 251 unit terdiri daripada bilik Deluxe, Apartmen Deluxe Satu Bilik Tidur, Apartmen Premier Satu Bilik Tidur, Apartmen Sudut Deluxe Satu Bilik dan Apartmen Deluxe Keluarga Dua Bilik Tidur.

Kemudahan dan perkhidmatan seperti kemudahan dobi dan internet berkelajuan tinggi di pangsapuri disediakan untuk kemudahan para tetamu. Kemudahan membuat kopi & teh serta peti deposit keselamatan terdapat di setiap apartmen dengan tambahan dapur kecil di Deluxe Apartments. Pangsapuri Premier mempunyai peti sejuk bersaiz penuh dan dapur memasak.

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!