#BufetRamadan2022 : Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Masih tercari-cari lokasi berbuka puasa bersama keluarga Ramadan nanti? Nak cari yang lokasinya mudah diakses dan yang penting makanan dia sedap? Jom berbuka puasa di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia. Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden.

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. la berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesen WTC dan KTM Komuter di Stesen Putra.



Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef H Mohd Saad bin Othman dan pasukannya.





Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional "mesti cuba" di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur!





Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box-Power', Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan dan Sate.









Pelbagai pencuci mulut untuk dipilih seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Air Batu Campur (ABC), kuih-muih tradisi Melayu dan juga pelbagai jenis minuman.

Persembahan secara langsung oleh kumpulan "Orkes Sri Johor" akan menghiburkan semua pelanggan dengan alunan ghazal dan tradisional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan puasa di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.















Kalau ditanya menu kegemaran Sally, Sally memang suka dengan Nasi Arab dan juga Tiram Bakar, memang lain daripada yang lain buat masa ini. Tiramnya segar, dibakar dengan keju, Sally sahaja dah makan hampir 3 ketul!



BUTIRAN BUFET RAMADAN:
Bufet Citarasa Zaman Berzaman
Tarikh: 04 April hingga 01 Mei 2022
Masa: 6.30 ptg hingga 10.30 mlm
Lokasi: Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Harga: RM150.00 - Dewasa
RM60 - Kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas
**Promosi Beli 10 Percuma 1

PROMOSI EARLY BIRD
RM120.00 - Dewasa

Surau yang selesa juga turut disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan kepada mereka yang ingin menunaikan tuntutan Rukun Islam, kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan.



Pelbagai jenis pilihan makanan laut segar turut disajikan semasa bufet Ramadan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Peminat makanan laut wajib la ke sini dan rasai sendiri kesegaran makanan laut yang ada!



Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +603-4042 5555 atau layari www.seripacifichotel.com.

Post a Comment

0 Comments