Main Game Secara Online Percuma di Plays.org

Siapa suka main game? Majoriti mesti akan menjawab ya, kalau tanya Sally pun, memang Sally akan jawab ya. Walaupun bukanlah main game secara serius, Sally lebih gemar main game yang tidak terlalu berat dan mudah untuk isi masa lapang atau rasa nak rehat sebentar daripada buat aktiviti harian.

Sally terjumpa satu laman web yang bagi kita main game secara percuma secara online. Lagi best sebab ianya tanpa iklan dan ada banyak pilihan game. Mudah je pun, pilih dan kemudian boleh terus main. Serius la Sally masa awal-awal jumpa website ini, memang teruja betul!



Di dalam website Plays.org ini ada beratus-ratus permainan yang mudah dan amat menyeronokkan. Sangat sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Tak perlu nak daftar ke atau muat turun. Sally memang tak suka ada aplikasi game dalam telefon bimbit sebab rasa terganggu kadang ada notification la, selain daripada akan guna memori yang agak besar.



Dekat Plays.org ini, korang buka, pilih game dan boleh terus bermain. Ada banyak kategori yang korang boleh pilih. Contoh kategori dekat bawah ni. Ada Alphabet, Base Defense, Arcade, Cartoon, Coloring, Food, Foodball, Quiz, Spelling, Sport, Simulation dan banyak lagi. Pendek kata mesti akan ada satu game yang akan menarik perhatian korang.









Kat atas ini baru sebahagian je tau Sally kongsikan dan yang Sally dah main. Kalau ikut lagha, memang habis semua satu-satu Sally main.

1. Tetra Blocks



HAHAHA. Iyeee Sally memang suka main tetris dari dulu lagi, nampak TETRA BLOCKS tu, memang yang tu pertama Sally main! Serius la leka gila main, nak main dekat phone boleh tapi Sally main dekat latop, navigate guna keyboard je pun masih lagi mudah nak main. Setakat buat hilang boring memang ok sangat la kan?

2. Wonders Around the World : Spot The Differences



Game yang paling mudah tapi at the same time paling stress kalau kita tak jumpa perbezaan pada gambar, dah la beza dia tu kadang tak masuk akal. Sampi juling biji mata nak mencari perbezaan, nasib baik guna laptop jadi besar la sikit!



Game yang satu ni bawa kita tengok 7 keajaiban dunia. Menarik kan? Boleh la layan tempat dan negara yang berbeza macam Machu Picchu (Peru), The Colosseum (Italy), Pyramids of Giza (Egypt), Great Wall of China ( China ) dan Taj Mahal (India).

3. Snake Attack: Infinite Multi-Snake Survival Video Game



Siapa geng dengan Sally selalu main game ular dekat Nokia 3310? Hahahaha...Menggamit kenangan sangat kan game macam ni...bila dia makin panjang mula la makin berdebar takut tercantum bahagian ekor dan kepala! Fuhhh, daripada relax boleh jadi tercungap-cungap nak main.



Tapi game yang ini mudah je. Hanya perlu gerakkan ular ke kiri atau kanan dan ular perlu makan buah sebanyak mana yang boleh dan perlu mengelak dari terlanggar ular besar yang lain. Sebenarnya tak susah tapi bila asyik terlanggar, memang sedar tak sedar terus menjerit! HAHAHAHA

Macam itu la gaya bila orang dewasa main game kan, mulut lagi banyak menjerit padahal tangan yang main. Iyeee orang tua main game memang over sikit perangai.

4. Zombie Typing Keyboard Game

Kalau korang nak cuba tengok kepantasan korang menaip, boleh la main game zombie typing keyboard. Korang kena taip perkataan yang ada dalam kotak merah bawah kaki zombie tu, kalau zombie tu sampai dekat korang memang kalah. Jadinya, lagi pantas korang taip lagi bagus.

Wave tu kira macam level la, setiap kali bertambah wave tu, perkataan tu akan jadi lagi panjang dan masa akan lagi laju. Kat sini la start dia punya stress, tapi kalau korang jenis senang menaip dan juga agak familiar dengan perkataan English, memang bonus!



Sebenarnya ada banyak lagi game, cuma yang ini antara game yang terawal yang Sally main bila Sally jumpa website Plays.org ini...Jujur kata Sally lagi seronok main game dekat sini sebab tiada gangguan iklan dan tak perlu nak daftar masuk. It's free and open to everyone!

Incase kalau korang cari hiburan untuk menghilangkan tekanan semasa bekerja ke atau sahaja nak isi masa lapang daripada buat sesuatu yang serius, boleh la cuba main game dekat Plays.org tau, tapi jangan sampai leka tak ingat nak buat benda lain pula tau!

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!