#BufetRamadan2022 : Riang Ria Ramadan di The Venue, Shah Alam.

Warga Shah Alam yang sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa, Sally nak cadangkan satu lokasi menarik yang menyajikan pelbagai jenis juadah yang semestinya sesuai untuk semua lapisan umur.



The Venue merupakan sebuah Event Space yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Kesemua dewan mereka dilengkapi dengan PA system In-House.

Bertemakan Riang Ria Ramadan, The Venue Shah Alam ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan membawakan konsep riang ria menyambut Ramadan setelah negara kita memasuki fasa endemik. Mereka membawakan menu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia dan semestinya sesuai untuk pelbagai bangsa.





Selain pelbagai jenis juadah menu utama, The Venue juga menyediakan 8 stall yang terdiri daripada :
- Nasi Arab Ayam Mandy
- Kambing Golek
- Aneka Mee Kak Mas
- Shell Out Seafood
- Apam Balik Abang Zam
- Pencuci Mulut & Buah-buahan
- Aneka Jeruk dan Keropok
- Ulam-Ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal







Menu-menu lain akan berubah setiap minggu supaya semua pelanggan yang datang akan merasai menu yang berlainan jika mereka kembali untuk kali kedua, ketiga dan selanjutnya. Selain itu, The Venue juga berkolaborasi bersama Abg Dee yang akan memeriahkan suasana sepanjang bufet berlangsung. The Venue juga akan membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung.





BERITA BAIK BUAT SEMUA PELANGGAN! Bukan sahaja dapat berbuka puasa dengan pelbagai juadah enak, tetapi pelanggan yang berkunjung ke bufet Ramadan The Venue turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000 tajaan daripada Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware. Menarik kan?

BUTIRAN BUFET RAMADAN THE VENUE SHAH ALAM

Promosi Early Bird - RM 66/orang (Dewasa), RM 46/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)
RM 600/meja (Untuk 10 orang dewasa). Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja.

Harga Biasa RM 88/orang (Dewasa), RM 49/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)
RM 800/meja (Untuk 10 orang dewasa).

PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun.

Tarikh: 3 April - 1 Mei 2022
Lokasi: Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam
Masa: 6pm - 10pm





Tahun ini juga, The Venue ingin membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Minimum untuk 150 orang).

Selain itu, The Venue juga akan membuat program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaq untuk menjamu selera di Bufet Ramadan The Venue. Jika berminat, mereka juga mengumpul dana untuk barang keperluan Hari Raya Aidilfitri untuk rumah anak yatim terpilih tahun ini. Jadi, pelanggan boleh memilih untuk menderma serendah RM 60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM 50/orang untuk barang keperluan Hari Raya Aidilfitri.



Pelanggan boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam untuk maklumat lanjut dan untuk tempahan, boleh terus lawati laman sesawang mereka di www.thevenue.com.my/buffet-ramadhan atau hubungi mereka di talian :
018 – 205 1492 (Faridah)
019 – 8585 825 (Lisz)
014 – 250 8160 (Bard)
013 – 247 3767 (Safwan)

Post a Comment

0 Comments