Tercari-cari lokasi berbuka puasa yang dekat dengan pusat bandar? Sally nak cadangkan lokasi yang paling strategik di pusat bandar iaitu Hotel Corus Kuala Lumpur.
Hotel Corus terletak di sepanjang Jalan Ampang, di sepanjang "Embassy Row" eksklusif di perhubungan 'Golden Triangle' Kuala Lumpur. Di Corus, mereka menawarkan pilihan kedai makanan dan minuman seperti Dondang Sayang Coffeehouse dan Restoran Ming Palace. Hotel ini hanya 2 minit berjalan kaki ke stesen LRT KLCC bawah tanah dan 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas dan pusat beli-belah Suria KLCC.

Sepanjang Ramadan, Hotel Corus Kuala Lumpur akan menyediakan hidangan bufet makan malam yang menyelerakan untuk berbuka puasa di Dondang Sayang Coffeehouse. Dengan menampilkan tema Santapan Warisan, mereka akan menghidangkan hidangan tradisional Melayu yang sangat digemari akan disediakan dengan campuran masakan Malaysia yang mewah serta sentuhan citarasa barat untuk pengalaman menjamu selera yang sihat.
Bufet makan malam ini akan menampilkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular. Sesuai untuk setiap lapisan masyarakat dan menjadikan hotel sebagai tempat yang ideal untuk menjamu selera dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Santapan Warisan di Hotel Corus Kuala Lumpur
• 5hb – 30hb April 2022
• 06.30 petang – 10.00 malam
• Dondang Sayang Coffeehouse, Hotel Corus Kuala Lumpur
• RM108-nett/Dewasa & RM70-nett Kanak-Kanak
Tawaran 10+1 : 10 orang dewasa akan ada 1 orang secara PERCUMA.

Antara menu wajib cuma daripada seleksi Santapan Warisan ialah;Daging Salai Masak Lemak dengan Pucuk Ubi Mangga Muda. Hidangan istimewa ini berasal dari Negeri Sembilan, kuahnya yang pedas dan berlemak, disertakan dengan rasa masam Mangga Muda memang buat kita jadi ralit makan.
Selain itu, boleh juga cuba Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan, serta pelbagai hidangan dari Melaka, ada lebih 200 jenis hidangan ditawarkan kepada pengunjung dan Kambing Panggang juga tersedia sepanjang Ramadan.
Antara hidangan lain yang Sally rasa semua orang wajib cuma ialah Bubur Lambuk, memang rasa lemak dan juga kaya dengan cebisan daging lembu. Sally sendiri makan sampai 2 mangkuk, memang antara menu yang jadi pilihan hati Sally secara peribadi.
Pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb baru mereka pada harga hanya RM68-nett seekor. Ayam panggang ini sesuai untuk hidangan 4 orang, disertakan dengan salad Corus, sesuai untuk dihidangkan semasa berbuka puasa bersama keluarga di rumah, tersedia untuk dibawa pulang.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai promosi menjamu selera sepanjang Ramadan di Hotel Corus Kuala Lumpur, sila hubungi 03- 2161 8888 atau e-mel fnb@corushotel-kl.com.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!