#BufetRamadan2022 : Selera Warisan Bonda by Chef Ismail di Restoran Rebung Chef Ismail.

Kalau di tanya, masakan Melayu asli kat mana yang menjadi kegemaran Sally, memang takde yang lain selain daripada Restoran Rebung Dato Chef Ismail yang terbaik. Setiap kali menjengah Ramadan, Sally memang takkan lepaskan peluang untuk ke Rebung berbuka puasa. Tahun ini pun tidak terkecuali.

Akan ada lebih daripada 100 jenis pilihan hidangan makanan dan juga pelbagai jenis pilihan minuman. Kebanyakan menu di Restoran Rebung berunsurkan masakan tradisional masyarakat Melayu. Bukan makanannya sahaja berkonsepkan masyarakat Melayu, teratak mereka juga menggunakan hiasan dan dekorasi berkonsepkan khazanah Melayu Asli, baik dari segi hiasan dalaman dan luaran, hiasan gambar dan sehingga ke tanaman yang ada.



Istimewanya pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan hidangan sentuhan Pantai Timur antaranya Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik serta beberapa jenis kuih-muih yang berasal dari Pantai Timur seperti Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi, dan sebagainya.



Tak gemar dengan menu Pantai Timur? Jangan risau sebab Restoran Rebung masih mengekalkan hidangan wajib seperti Masak Lemak Rebung dan Perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel, Gulai Tempoyak Ikan Patin dan sebagainya.









Ketika Ramadan, mesti ada juadah istimewa yang selalu diinginkan ketika berbuka puasa. Terdapat beberapa “Action Stall” disediakan di Restoran Rebung. Gerai-gerai ini akan menyediakan makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas.



Antara makanan yang disediakan secara langsung adalah Murtabak, Roti Jala, Popiah Basah, Onde-Onde, gerai memanggang Ikan Bakar, dan beberapa jenis makanan lain lagi. Jadi tak perlu nak ke bazar sebab semuanya boleh didapati di Restoran Rebung.





Terdapat juga pelbagai pilihan air seperti air balang pelbagai perisa, kopi O kampung, Teh O panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi.



Selain diuji dengan pandemik Covid-19, kita juga diuji dengan kenaikan harga barang semasa. Tetapi jangan risau sebab Restoran Rebung tetap menitikberatkan harga untuk pakej yang berbaloi kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan mereka.

BUTIRAN BUFET RAMADAN RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL

Tarikh: 3 April - 1 Mei 2022
Lokasi: Restoran Rebung Chef Ismail
Masa: 6.30pm - 10.00pm
Harga: Dewasa RM88.00, Kanak-kanak (5-11tahun) RM58.00






Restoran Rebung Dato Chef Ismail mampu memuatkan hampir 500 pengunjung dalam satu masa yang sama, dan mempunyai lif serta mesra OKU. Restoran ini juga MEMPUNYAI SURAU yang luas dan selesa untuk semua umat Islam mengerjakan solat Maghrib dan Isyak. Tahun ini juga akan diadakan Solat Terawih yang bakal diimamkan oleh salah seorang pekerja Restoran Rebung setiap malam.





Sepanjang bulan Ramadan, sekiranya anda ingin membeli juadah berbuka puasa, Restoran Rebung telah menyediakan perkhidmatan “PICK & PAY”. Anda hanya perlu datang ke Restoran Rebung, pesan, bayar dan terus boleh bawa pulang ke rumah masing-masing untuk berbuka bersama keluarga di rumah. Masa untuk perkhidmatan “PICK & PAY’ ini bermula dari jam 3.00 sehingga 5.00 petang sahaja.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi sepanjang bulan Ramadan; ORKES SRI JOHOR akan mengalunkan irama Ghazal yang mengusik jiwa sepanjang waktu berbuka puasa, istimewa untuk semua pelanggan Restoran Rebung.





PRODUK EKSLUSIF RESTORAN REBUNG
Selain menjamu selera, anda juga boleh mendapatkan beberapa produk ekslusif dari Restoran Rebung Chef Ismail seperti Acar Buah resipi asli daripada Chef Ismail yang berharga RM20.00 (350gram). Kalau teringin nak makan kuih raya untuk kudapan, boleh juga beli Biskut Raya Premium seperti Almond, Suji dan Conflakes, 3 bekas hanya RM100 sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bufet Ramadan, boleh berhubung terus dengan wakil Restoran Rebung Chef Ismail.

Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50430, Kuala Lumpur
Nombor Telefon Restoran: +603-2276 3535 / +603-2276 2525
Khidmat Katering: Muhd Hafis (4017-778 7895), Nurul Jannah Jaapar (+6011-33201245)
Email: restoranrebungchefismail@gmail.com
Facebook: Restoran Rebung Chef Ismail

Post a Comment

0 Comments