Bufet Ramadan di Kafe Sarawak Johor, Untuk Peminat Makanan Sarawak & Johor!

Kafe Sarawak Johor (D'Sungai Cafe) | Dua tiga hari ini memang asyik teringat makanan dekat Sarawak, nak melintas ke seberang laut tu rasa jauh betul, tapi nasib baik ada Kafe Sarawak Johor yang menggabungkan menu popular daripada dua negeri tersebut.

Menerapkan tema "Delicious, Affordable, Community" dalam setiap penyediaan makanan dan minumannya, persekitaran dan suasana kedainya pun memang buat kita selesa untuk makan.



Bermula 9 April sehingga 2 Mei 2022, Kafe Sarawak Johor akan mengadakan bufet sempena Ramadan, membawakan menu-menu popular dari Johor dan Sarawak antaranya:

➤ Laksa Sarawak
➤ Mee Kolo Goreng
➤ Mee Kolo
➤ Ikan Cencaru Sambal Terutuk
➤ Asam Pedas Ayam
➤ Soto / Lontong









Menu-menu lain yang turut disajikan termasuklah nasi putih, dalca, ulam-ulaman, sate, sup tulang dan roti jala. Setiap hari juga akan disajikan kuih Penyaram, Karipap dan juga 3 jenis kuih yang berlainan setiap hari. Bubur manis pun ada tau, setiap hari ada menu yang berlainan.

Lepas tu jangan lupa untuk mencuba Satay Sheikh, salah satu sate yang Sally rasa cukup sedap perapan dia. Walaupun Sally peminat sate daging, tapi bila makan sate ayam dia pun dah jatuh cinta. Sedap!



Secara keseluruhan, Sally memang puas hati...mana tak nya, makan dengan pemandangan tepi sungai, memang lain daripada yang lain. Walaupun makanan tidak terlalu banyak pilihan, tapi semua menu yang dimasukkan dalam bufet Ramadan memang best.

Untuk menu Mee Kolo, yang goreng mahupun yang sup, dua-dua sedap. Asam Pedas Ayam tu pekat dan pedas, cukup masam dan pedas dia, terangkat betul bila makan dengan nasi putih panas-panas. Simple je tapi sedap dan puas hati!



Harga bufet Ramadan untuk dewasa ialah RM48.90/pax dan separuh harga untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kalau nak jimat, boleh tempah untuk 10 orang terus satu meja hanya RM450. Jimat hampir RM40!!

Bufet Ramadan di Kafe Sarawak Johor akan dijalankan serentak di dua-dua outlet mereka di Damansara Perdana dan D'Sungai Cafe (bersebelahan dengan hotel Seri Pacific). Boleh hubungi 011-54102298 untuk membeli tiket dan membuat tempahan.

Kafe Sarawak Johor (D'Sungai Cafe)
Jalan 1/64D Off Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur

Kafe Sarawak Damansara Perdana
60-1, Jalan PJU 8/5b, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor
Instagram: www.instagram.com/kafesarawak_dp/

Post a Comment

1 Comments

  1. Yum yummm. kena repeat lagi ni. Teringat Mee Kolok Goreng tuu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!