Bufet Ramadan 2022 | Masih tercari-cari lokasi berbuka puasa dengan rakan-rakan atau keluarga? Cari bufet yang dibawah RM100? Haaa jom Sally kongsikan korang tawaran promosi bufet Ramadan 2022 Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.
Tahun ini cukup istimewa kerana buat julung kalinya, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur mengadakan bufet sempena Ramadan. Bagi mencipta kelainan, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur menawarkan menu warisan daripada Selatan bertemakan Warisan Selatan, selari dengan kepakaran Chef Ahmad mereka yang terkenal dengan pelbagai menu asli dari negeri-negeri di selatan tanahair Malaysia.
Bufet yang akan dijalankan di restoran Table Talk akan menyajikan variasi menu dari selatan Semenanjung Malaysia seperti Nasi Beriani (Johor), Ayam Rendang Minang (Negeri Sembilan), Daging Beriani (Johor), Labu Masak Lemak Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Ikan Pari Asam Pedas (Melaka), Sotong Kalio (Johor), Sayur Campur bersama Cendawan (Melaka), Teluk Itik Lemak (Negeri Sembilan) and Udang Goreng Kunyit (Melaka) dan banyak lagi.
Menu-menu ini akan berubah setiap hari sepanjang Ramadan agar pengunjung dapat merasai lebih banyak menu menarik dari negeri di selatan Semenanjung Malaysia. Jujur kata Sally memang berpuas hati sangat dengan semua menu masakan Melayu di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur, cukup rasa, cukup lemak...pendek kata cukup daripada segala segi. Berbaloi!
Menu lain yang pasti memikat selera adalah aneka salad, aneka kerabu, sup, menu BBQ, Murtabak Ayam dan Daging, aneka menu gorengan (Samosa, Goreng Pisang, Cekodok, Cempedak, Keledek, Ubi Keladi, Kurma Goreng, Popia Goreng).
Kalau ke Melaka tak sah kalau tak singgah ke Umbai untuk makan malam dengan pilihan makanan laut yang segar kan? Tak perlu pergi jauh, singgah je ke Dorsett Hartamas Kuala Lumpur sebab ada aneka menu panggang (Ikan Bakar, Ayam Golek, Sate, Kepak Goreng, Beef Steak) yang membawakan kita "rasa Umbai" tersebut.
Jangan dilupakan juga pelbagai variasi pencuci mulut serta minuman yang turut disediakan sebagai pelengkap kepada seleksi bufet Ramadan kita.
Apam Daun Rambai / Johol yang dibawakan khas daripada Negeri Sembilan, antara menu istimewa yang ada di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.
Bufet Ramadan 2022 Warisan Selatan Dorsett Hartamas Kuala Lumpur akan berlangsung daripada 8 April sehingga 28 April 2022. Harga yang ditawarkan adalah RM98 bersih (dewasa) dan RM68 bersih untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.
PROMOSI LAIN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN DI DORSETT HARTAMAS
Sempena musim perayaan ini, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur juga turut menawarkan seleksi hadiah raya buat mereka yang mencari buah tangan. Antaranya adalah variasi biskut raya pada harga RM20 bersih, Sambal Tumis berharga RM20 bersih setiap botol berkapasiti 250gm, Rendang Ayam Ready-To-Eat pek 300gm berharga 300gm, Rendang Pucuk Ubi bersaiz 150gm pada harga RM20 bersih (wajib cuba!).
Tersedia juga Set Lebaran dalam pembungkusan istimewa buat anda untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh dibeli dari 8 April 2022 hingga 1 Mei 2022.
SET LEBARAN A (RM50 BERSIH)
Rendang Ayam, Butter Cookies, Sambal Tumis Dan Pucuk Ubi Dalam Pek Silver Cooler Bag.
SET LEBARAN B (RM60 BERSIH)
Rendang Daging, Butter Cookies, Sambal Tumis Dan Pucuk Ubi Dalam Pek Silver Cooler Bag.
SYAWAL @ DORSETT A (RM70 BERSIH)
Rendang Ayam, Butter Cookies, Sambal Tumis Dan Pucuk Ubi Dalam Beg Eski Dorsett.
SYAWAL @ DORSETT B (RM80 BERSIH)
Rendang Daging, Butter Cookies, Sambal Tumis dan Pucuk Ubi Dalam Beg Eski Dorsett.
PAKEJ PENGINAPAN HALAMAN DORSETT
Pening bila sentiasa jalan sibuk menginjak ke masa berbuka puasa? Jangan pening-pening, apa kata bermalam sahaja di Dorsett Hartamas dengan pakej penginapan Halaman Dorsett. Nikmati tawaran Pakej Halaman Dorsett pada harga RM315 bersih/bilik/malam dengan bilik jenis Dorsett Room (penginapan minimum untuk 2 malam).
Pakej Halaman Dorsett ini didatangkan bersama D’brekkie Early Breakfast (sahur) untuk 2 orang di Restoran Table Talk (restoran yang sama untuk bufet sempena Ramadan) dari 4.30 pagi hingga 5.30 pagi dan juga bufet Ramadan Warisan Selatan untuk 2 orang. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk menempah, bolehlah layari www.dorsetthotels.com/malaysia/hartamas dan tempoh tempahan bilik dibuka sekarang sehingga 25 April 2022 untuk penginapan dari 2 April hingga 30 April 2022.
Bagi pembelian baucar bufet Ramadan dan set hadiah, anda boleh melayari www.dorsettbooking.com/malaysia . Hubungi 03-62098888 atau emel ke fnb.hartamas@dorsetthotels.com untuk info lanjut.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!