#BufetRamadan2022 : Hotel Maya Kuala Lumpur

Mencari lokasi berbuka puasa di sekitar Kuala Lumpur? Kalau nak cari sebuah hotel yang sangat strategik, terletak berdekatan dengan KLCC dan MaTIC, bolehlah pertimbangkan Hotel Maya Kuala Lumpur, antara hotel senior di bandaraya Kuala Lumpur.

Hotel yang berkonsepkan local boutique urban resort ini memberi persekitaraan persis resort di dalam bandar. Walaupun sudah lama bertapak di Malaysia, namun mereka sentiasa bawakan kelainan, dan ini termasuklah dengan penambahbaikkan bilik-bilik mereka supaya kekal releven sepanjang masa.

Untuk Ramadan kali ini, Hotel Maya Kuala Lumpur kembali menawarkan sajian bufet yang bertempat di ruang Ballroom mereka, membawakan tema Citarasa Simfoni Malaysia dengan kepelbagaian menu tempatan dan juga sisipan sedikit makanan barat.



CITARASA SIMFONI MALAYSIA TEMA BUFET HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Untuk menu, kalau korang ke sini wajiblah cuba menu utama mereka seperti Nasi Kerabu, Nasi Beriani, Ikan Patin Masak Tempoyak, Udang Galah Masak Hijau Berserai, Ketam Masak Cili, Daging Tetel Asam Pedas Melaka, Somtam, Kerabu Mangga, aneka Lok-Lok, Apam Balik Garing.







Menu nasi berlauk ini akan bertukar setiap minggu agar pengunjung dapat merasai variasi menu yang ditawarkan disini.

Selain itu, nikmatilah sajian sampingan seperti Sate, Murtabak, Ikan Bakar, Aneka Sup, Bubur Lambuk, aneka gorengan, Air Balang dan banyak lagi. Sambil menjamu selera, kita juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung daripada buskers.



















INFO BUFET RAMADAN 2022 HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Tarikh: 3 April sehingga 30 April 2022.
Harga: RM110+ (Dewasa)
RM55+ (Kanak-kanak 5-12 Tahun)
Hotel Maya Kuala Lumpur juga membuka peluang kepada syarikat korporat yang mahu menganjurkan sebarang majils berbuka puasa di hotel ini. Hubungi pihak hotel untuk info lanjut.

PAKEJ PENGINAPAN RAMADAN DI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Selain bufet berbuka puasa, Hotel Maya Kuala Lumpur turut menawarkan promosi penginapan bilik sepanjang Ramadan 2022 ini. Promosi yang diberi nama Pakej Simfoni Rembulan @ Maya ini memberi peluang dan ruang kepada tetamu untuk menikmati ibadah puasa dengan selesa.



PAKEJ SIMFONI REMBULAN @ MAYA


Studio Room
Single: RM270+ | Double: RM370+
Studio Heritage
Single: RM290+ | Double: RM390+
Junior Suite
Single: RM350+ | Double: RM450+

Pakej termasuk:

~ Bufet Sarapan Pagi atau Menu Sahur
~ Bufet Ramadan Citarasa Simfoni Malaysia bernilai RM110++/seorang
~ Early Check In at 11 am / Late Check-Out at 3pm~
~ Parkir dan WiFi PERCUMA

Bagi anda yang berminat untuk menginap disini, tempahan boleh dibuat sekarang sehingga 29 April 2022 untuk penginapan sehingga 30 April 2022. Hubungi 03-23331312 atau emel ke reservation@hotelmaya.com.my .

Bagi menempah untuk bufet Ramadan boleh hubungi 012-2828187 atau emel ke events.admin@hotelmaya.com.my atau layari https://www.hotelmaya.com.my untuk tempahan dan maklumat lanjut.

*Harga tidak termasuk caj Cukai Pekhidmatan 6% dan sebarang cukai tambahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ikuti mereka di laman sosial mereka di  FACEBOOK | INSTAGRAM

Post a Comment

0 Comments