Sunway City Iskandar Puteri - Sunway Hotel Big Box di Sunway City Iskandar Puteri, Johor menyediakan hidangan enak bulan Ramadan di Pendas Cafe sempena pembukaan semula sempadan.
Berkonsepkan 'Juadah Big Box', bufet tersebut menampilkan air tangan Chef Eksekutif Jamaluddin Sadikum, seorang chef berpengalaman selama hampir 30 tahun dan pasukan kulinarinya yang mahir.
Berkonsepkan 'Juadah Big Box', bufet tersebut menampilkan air tangan Chef Eksekutif Jamaluddin Sadikum, seorang chef berpengalaman selama hampir 30 tahun dan pasukan kulinarinya yang mahir.
Sepanjang bulan Ramadan, terdapat tiga set menu berbeza yang akan dihidangkan secara bergilir setiap hari dengan lebih 300 jenis juadah yang lazat.
Setiap menu akan menghidangkan sup beraroma seperti Sup Tulang Gearbox, Sup Pindang Lautan dan Soto Ayam Madura.
Antara hidangan daging yang dimasak dengan rempah selama beberapa jam sehingga empuk termasuk Rendang Kambing, Kambing Krutuk dan Daging Rendang Tok Johan Tulang Rawan.
Peminat makanan laut pasti gembira dengan pilihan hidangan yang dimasak dengan santan seperti Sotong Sumbat Masak Lemak Selasih, Ketam Masak Lemak Nanas serta hidangan kegemaran klasik seperti Ikan Patin Masak Tempoyak Bertimum Tua.
Bagi mereka yang inginkan pengalaman bazar, tarikan utama adalah lapan stesen masakan aksi langsung di kawasan luar Pendas Café bersebelahan kolam infiniti.
Terdapat juga hidangan wajib musim perayaan termasuk Asam Pedas Ikan, Kambing Golek dan hidangan tradisi bulan puasa, Bubur Lambuk.
Stesen pencuci mulut pula menyediakan kuih tradisional seperti Kuih Ondeh-Ondeh, Kuih Keria, Kuih Gula Hangus dan Kuih Ketayap.
Stesen panggang pula menawarkan ikan panggang, pelbagai jenis sate dan makanan laut. Manakala, stesen snek menghidangkan makanan kegemaran di gerai tepi jalan termasuk Ubi Goreng, Durian Tempura, Goreng Pisang dan Cucur Udang.
Terdapat jugak stesen yang menyediakan minuman kegemaran ramai iaitu Ais Kacang dan Cendol, manakala satu lagi stesen menghidangkan pilihan kegemaran di bazar seperti Murtabak dan Roti John.
Juadah Big Box disediakan di Pendas Café Sunway Hotel Big Box hingga 28 April ini, bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari pada harga RM128 untuk dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!