Jangan risau, ada produk Kimball di dapur, takkan ada masalah untuk siapkan hidangan buat keluarga dan tetamu yg dtg. Raya ni takkan nak bg makan spaghetti? Why not kalau Kimball, Kompem Gaya Malaysia!
Sally nak kongsi satu resipi ringkas dan mudah yg sesuai untuk jamu tetamu semasa Aidilfitri. Kalau nak buat menu tambahan bila buat rumah terbuka pun boleh, sesuai sangat!
Resipi Spaghetti Goreng Cili Padi
Bahan-bahan
200g Spaghetti Kimball - rebus
250g daging ayam
¼ cwn minyak zaitun/minyak jagung
7 ulas bawang putih
9-13 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas) - Sally guna 4 biji je HAHAHA
1-2 cwn air rebusan pasta
1-2 sdb Sos Tiram Kimball
1-2 sdb Traditional Spaghetti Sauce
Garam & gula secukupnya
Daun Bawang/Kucai
CaraPenyediaan:
1. Rebuskan spaghetti, bila dah lembut toskan dan ketepikan 1-2 cawan air rebusan tadi.
2. Hiris halus daging ayam, ketepikan
3. Cincang halus bawang putih dan cili padi
4. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi, kemudian masukkan daging ayam, biarkan seketika kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus, sos tiram, Traditional Spaghetti Sauce, daun bawang/daun kucai
5. Masukkan air rebusan pasta, perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk dihidangkan.
Sajian Raya kena ada Kimball, lebih-lebih takpe lg sedap dan yg penting senang, cepat dan mudah sangat! Lepas ni kalau org datang, sap sap soi je masak dgn produk Kimball, baru la ngam ada Kimball semua mesti menjadi 😋
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!