Resipi Apam Pisang Cheese | Bila pertama kali Sally buat resipi ini, rata-rata kata tak pernah nampak kuih ini dijual dekat mana-mana kedai. Kebanyakkan yang jual kuih ini rata-rata jual dalam kuantiti yang banyak dan dibuat atas permintaan. Itu apa yang Sally nampak la buat masa ini. Jadi kalau korang ada lebihan pisang, boleh la cuba buat.
APAM PISANG CHEESE
Bahan A (Ayak):
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B (Basah):
1 1⁄2 cawan pisang emas/pisang berangan yang dilenyek
1 cawan minyak jagung/minyak masak
¾ cawan gula pasir/gula perang
3 biji telur Gred A
Cara-cara penyediaan adunan apam:
1. Ayak Bahan A kemudian ketepikan.
2. Campurkan telur, minyak dan gula sehingga sebati, guna whisk boleh atau mixer
3. Masukkan pisang kemudian gaul sehingga sebati. .
4. Dalam bekas lain tepung tadi, tuang bahan B dan gaul sebati, kalau tak yakin boleh campur sedikit demi sedikit.
Bahan Adunan Cheese:
250gm cream cheese (Sally guna Tatura supaya tekstur lebih lembut)
80gm gula kastor
25ml susu penuh krim
40gm tepung gandum
1 biji telur Gred A
Cara-cara penyediaan adunan keju:
1. Satukan kesemua bahan dan adun hingga sebati menggunakan blender atau mixer/hand mixer.
2. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
Cara Mengukus Apam Pisang Cheese:
1. Ambil acuan yang digemari dan sapu sedikit minyak. Ini wajib supaya lapisan keju kita tidak akan melekat pada acuan dan sukar untuk dikeluarkan.
2. Panaskan air dalam periuk kukusan sehingga mendidih, balut bahagian penutup supaya air tidak menitik. (Sally guna kukusan elektrik)
3. Paipkan adunan keju ke dalam acuan, Sally buat 3 pusingan piping. Jadi tidak terlalu tebal. Kemudian kukus selama 3-5 minit
4. Angkat penutu dan tuang adunan apam pisang hingga memenuhi ¾ paras acuan. Kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
5. Dah siap, sejukkan sebelum dihidangkan.
*Adunan ini boleh menghasilkan kira-kira 45 biji Apam Pisang Cheese.
Kalau malas nak buat, boleh buat tempahan dengan the.cakesion 😜 Penghantaran untuk sekitar Lembah Klang, Ampang dan sekitarnya.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!