The Colours Of Mid-Autumn by Dorsett Grand Subang.

"We are all the colors of life and we live together in harmony to make this world more beautiful and give happiness to everyone.." - Andry Lavigne

Festival Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Festival) merupakan salah satu upacara tradisional masyarakat Cina di mana adat makan kuih bulan, menikmati bulan purnama yang terang dan mengambil bahagian dalam perarakan tanglung.

Perayaan ini disambut dengan penuh semangat dan menjadi salah satu perayaan untuk mendekatkan diri dengan keluarga dan mereka yang tersayang.



Dalam sambutan festival ini, Dorsett Grand Subang berbesar hati mempersembahkan "The Colours Of Mid-Autumn"; pameran perisa kuih bulan baharu dalam pelbagai warna yang disediakan dan dibakar dengan penuh kasih sayang oleh Master Dim Sum mereka; Chef Chan.

Ada pelbagai jenis Kuih Bulan yang ada antaranya;



↪ SIGNATURE PREMIUM MUSANG KING DURIAN (RM60)
Menggunakan pulpa durian Musang King yang asli, perlu membuat tempahan 2 hari awal.

↪ YING & YANG (RM45)
Perisa khusus bagi peminat kopi dan teh, gandingan teh susu dan pes kopi. Aromatik dan kaya dengan perisa kombinasi teh dan kopi.



↪ DORSETT SIGNATURE BLUE (RM43)
Diperbuat daripada pes teratai putih dengan kuning telur tunggal, dibalut sempurna dengan snowy skin yang menggunakan ekstrak bunga telang untuk tona biru yang sempurna

↪ RED SAPPHIRE (RM33)
Kulit luar menggunakan ekstrak buah naga merah dan diisi dengan pes kacang merah tulen



↪ BERRI-LICIOUS
Kuih Bulan yang penuh dengan kebaikan dan vitamin daripada buah bluberi

↪ ROYAL JADE (RM43)
Kuih Bulan menggunakan pes pandan dengan kulit snowy skin yang diselitkan dengan ekstrak pandan

Jika anda bukan peminat kuih bulan dengan snowy skin, Sally cadangkan untuk mencuba variasi bakar yang klasik.



↪ Teratai putih klasik dengan dua kuning telur (RM48) - Tempahan seawal 3 hari diperlukan
↪ Teratai pandan dengan kuning telur (RM43)
↪ Teratai putih dengan kuning telur (RM42)
↪ Teratai putih tulen (RM36)
↪ Kacang merah tulen (RM33)
↪ Teratai pandan dengan kuning telur (RM43)

Kepada pelanggan yang beragama Islam, jangan risau kerana Dorsett Grand Subang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan semestinya disahkan HALAL, tanpa sebarang pengawet tambahan.

Diskaun dan Tawaran
* 20% Diskaun Pembelian Awal bermula 1 hingga 31 Julai 2022.
* 20% Diskaun Ahli Dorsett Choice

Tawaran Pesanan Secara Pukal (dalam satu resit)
* Potongan 25% - 30 kotak dan ke atas. Selain itu, terima baucar untuk Makan Malam Bufet untuk 2 orang di Terazza Brasserie bernilai RM256 bersih
* Potongan 20% - 10-29 kotak. Selain itu, terima baucar untuk Buffet Hi-Tea Sabtu untuk 2 orang di Terazza Brasserie bernilai RM196 bersih

Terma dan syarat
* Diskaun tidak sah bersama-sama dengan mana-mana tawaran/diskaun lain.
* Kuih bulan tersedia bermula dari 15 Julai sehingga 10 September 2022
* Diskaun adalah bukan kumulatif
* Harga yang disebut dalam Ringgit Malaysia, termasuk semua cukai kerajaan semasa
* Terma & Syarat lain dikenakan


**Kuih bulan boleh didapati dalam kotak hadiah 4 ketul setiap satu.

Tahun ini, Kuih bulan boleh didapati dalam pembungkusan set hadiah baharu. Dengan kotak kitar semula pelbagai fungsi dalam rona warna oren yang terang dengan motif kemasan UV oleh iKarrtini, pereka batik Malaysia; lengkap dengan beg D'Tote yang sepadan, istimewa untuk pelanggan yang membeli minimum 2 kotak kuih bulan (4 ketul setiap kotak), boleh memilih pembungkusan ini hanya tambahan RM18.



Turut dijual ialah The Autumn Gift Set berharga RM168 setiap set. Set ini dilengkapi dengan pilihan mana-mana dua variasi kuih bulan dan satu Teh Dorsett dalam bekas teh boleh dikitar semula yang cantik serta satu beg D'Tote eksklusif.



Dorsett Grand Subang juga bekerjasama dengan Atome dan Thaitee Sdn Bhd tahun ini untuk memastikan sambutan Mid-Autumn Festival lebih meriah dan bermakna. Dengan Atome, pelanggan yang berbelanja minimum RM260 akan menerima beg D'Tote eksklusif yang bernilai RM59.90 secara PERCUMA. Untuk menikmati promosi ini, pelanggan perlu membuat tempahan kuih bulan mereka terus dengan pihak hotel dan memilih pembayaran dengan Atome (Pembayan ansuran mudah 3 bulan tanpa faedah 0%).



Beg D'Tote juga boleh disulam dengan nama tapi perlu buat tempahan seawal 5 hari bekerja dan perkhidmatan ini dikenakan bayaran RM10 setiap satu. Nama yang disulam terhad sehingga 10 huruf sahaja.

Teh Cina dan kuih bulan sentiasa sepadan tanpa keraguan. Dengan mengambil kira perkara ini, Dorsett Grand Subang dengan kerjasama Thaitee Sdn Bhd berbesar hati menawarkan pilihan teh Cina yang terbaik bersama teh osmanthus pilihan khas Dorsett Grand Subang yang didatangkan dalam bekas timah individu yang menarik. Pilihan teh dan rangkaian set teh yang menarik serta kelengkapan boleh didapati di Kedai Lobi Hotel dari sekarang hingga 10 September 2022. Menariknya, setiap satu set teh yang ada hanya ada satu sahaja di Malaysia, keistimewaan ini yang ingin ditonjolkan oleh Dorsett Grand Subang dan Thaitee Sdn Bhd.



Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pesanan, boleh hubungi +603 5031 6060 extn 1912, e-mel ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com <mailto:bookfnb.subang@dorsetthotels.com> atau pesan dan bayar pesanan anda terus melalui Kedai Dalam Talian Dorsett di www.dorsettbooking.com/malaysia

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!