Peminat teater semestinya tak pernah terlepas daripada mendengar tentang teater Tanjong yang mengungkap sejarah adat perpatih, yang menjadi tunjang undang-undang adat masyarakat Minangkabau dan orang asal di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Naning.
Dengan wawasan untuk mendidik dan menerapkan elemen patriotism dan sejarah dalam bangsa Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia secara amnya, Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya.
Dengan wawasan untuk mendidik dan menerapkan elemen patriotism dan sejarah dalam bangsa Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia secara amnya, Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya.
Antara pelakon yang bakal berada di pentas teater Tanjong
Bakal dipentaskan pada 9-11 September 2022, Teater Tanjong dibintangi oleh pelakon handalan Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan, Ulong Bakar. Pementasan ini juga akan diambil bahagian oleh 150 tenaga kerja termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Ia juga bakal disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.
Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. AhmadRashidi Hasan. Sebagai sutradara dan juga tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar.
Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah. Teater ASAR Negeri Sembila pada mulanya hanya dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, kini akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu di Istana Budaya.
Teater Tanjong juga bakal menjadi drama bersiri dibawah arahan saudara Zamri Zakaria (Pengarah drama Melur Untuk Firdaus)
“Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak muda dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri selain mempertunjukkan kisah Adat Perpatih kepada masyarakat am. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan,” katanya.
Pementasan Teater Tanjong ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC. Dengan sokongan yang jitu, pihak MOTAC telah menganugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya kepada Kelab Teater Asar Negeri Sembilan. Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.
Pembeli tiket awal akan diberikan diskaun sebanyak 10% untuk pembelian awal . Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang https://ilassotickets.com/event/tanjong atau https://www.kelabteaterasar.com.my/teater-tanjong
SINOPSIS TEATER TANJONG
Teater Tanjong mengisahkan krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor sehingga mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan daripada Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho telah melantik anaknya Baroq untuk memegang tampuk sebagai penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga peri laku ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong.
Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekaligus menyebabkan kekosongan di tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini telah mengakibatkan perselisihan faham dan pertumpahan darah di Luak Tanjong.
Apakah kesudahannya? Adakah Tok Pedano berjaya memegang tampuk pemerintahan Luak Tanjong atau Baroq berjaya merampas kuasa? Sama-sama kita saksikan di Istana Budaya 9 hingga 11 September ini.
1 Comments
Wahhh ada teater laa.. Mcm best je lama xmelayan teater tau... Seronok juga kalau melayan sekali sekala
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!