Wanita dan perhiasan memang tak dapat dipisahkan. Sally pun tak terkecuali menjadi antara mereka yang minat dengan barang kemas, tapi ada masalah mudah alergi dengan besi/logam, lagi-lagi kalau daripada kualiti yang rendah.
Sally ada sahaja barang kemas tapi jarang pakai dan kadang tu ibu yang pakai tapi selalu jadi masalah bila balik kampung, mak cik semua risau sebab tangan "kosong" sangat, jadinya tak nak bagi nampak kosong, Sally dapatkan gelang tangan silver 925 yang disadur emas 916 serta boleh ukir nama daripada Venyss.
Sally ada sahaja barang kemas tapi jarang pakai dan kadang tu ibu yang pakai tapi selalu jadi masalah bila balik kampung, mak cik semua risau sebab tangan "kosong" sangat, jadinya tak nak bagi nampak kosong, Sally dapatkan gelang tangan silver 925 yang disadur emas 916 serta boleh ukir nama daripada Venyss.
Kepada yang tak kenal dengan Venyss, mereka ini merupakan sebuah syarikat bumiputera yang sudah mula beroperasi sejak 2013, menawarkan produk-produk berasaskan perak dan keistimewaan mereka salah satunya melibatkan ukiran nama, dan mereka juga menawarkan servis baikpulih aksesori perak.
Sekarang wanita semua mulai celik untuk membeli, memakai dan menyimpan emas, jadi tak peliklah kalau ada yang sanggup berhabis beribu ringgit untuk membeli aksesori keinginan mereka. Mungkin ada yang kata, kenapa nak kena beli perak kalau boleh beli emas tulen?
Tak dinafikan yang emas tulen lebih membawa keuntungan, tetapi kepakaran Venyss adalah membantu memberi kebahagiaan di hati ramai wanita dengan menghasilkan pelbagai aksesori dan barang kemas persis emas 916 khasnya yang ada ukiran nama untuk mencipta kelainan dan juga bagi ada "sentimental value" dalam kehidupan mereka.
Ukiran nama pada gelang, cincin atau rantai juga boleh memberikan impak berbeza pada si pemakai. Jadi nak simpan pelbagai koleksi aksesori ukiran nama yang unik dan nampak mewah, tapi masih dengan harga yang berpatutan, pilihlah Venyss.
Selain daripada boleh berhias tanpa risau emas hilang, kena ragut dan sebagainya, aksesori perak 925 yang disadur emas 916 boleh juga meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan masyarakat.
“Simpanlah emas walau sebesar Janggut Udang”, antara ungkapan hikmah daripada nenek moyang kita kepada semua wanita yang membawa maksud, walaupun senipis, sekecil mana pun emas, pastikan kita ada memakai aksesori supaya lengkap penampilan.
Jadi macam Sally yang ada masalah alergi, Sally lebih yakin memakai silver, kalau hilang takde la menangis kat bucu katil. Jujur kata Sally cerita daripada pengalaman sendiri, bila gatal dan jari atau pergelangan bengkak, Sally pernh "simpan" cincin emas dalam beg dan end up hilang tanpa dikesan. Bernanah juga la telinga dengar ibu membebel, jadinya kita belajar daripada kesilapan lalu. Hah macam tu la~
Kepada ibu-ibu diluar sana yang ada anak kecil perempuan dan nak berikan mereka pakai aksesori daripada kecil juga sesuai untuk dapatkan di Venyss. Pihak Venyss berkongsi yang ada pelanggan mereka yang kerugian hampir RM10,000 kerana barang kemas yang dipakai anak mereka hilang. Budak kecil pula, selain daripada lasak, mereka juga tidak tau tentang betapa berharganya emas.
Selain daripada untuk kegunaan sendiri, aksesori Perak 925 bersadur emas 916 dengan ukiran nama juga merupakan antara hadiah yang ideal untuk diberikan kepada saudara mara, kawan-kawan, tunang, isteri dan lain-lain. Ada juga yang tempah sebagai simbol persahabatan.
Bukan sahaja terhad kepada wanita, Venyss juga turut menerima tempahan serta menjual cincin perak untuk lelaki yang sesuai sebagai cincin nikah, cincin tunang, hadiah ulangtahun dan lain-lain seperti Hari Bapa.
@sally.jung Cantik gila! Sally tak boleh pakai emas sbb mudah alergi, jd beli la silver 925 dr @venyss_official..nak nmpk efek tmbh saduran emas 916. Still nmpk mewah plus boleh ukir nama lagi ❤️ #Venyss #silver925 #silverjewelry ♬ Tak Ingin Pisah Lagi sped up creammarkie - @𝐁𝐞𝐭𝐭𝐲🦋͜ᩘ
KELEBIHAN MEMBELI DENGAN VENYSS
Seperti yang Sally beritahu, Venyss sudah mula bertapak sejak tahun 2013. Untuk yang kurang yakin membeli secara online boleh ke showroom mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Sebagai pengguna Venyss yang ada masalah alergi, Sally berpuas hati dengan kualiti Venyss. Dah tak ada masalah gatal-gatal tangan atau bengkak, sesuai dipakai oleh orang dewasa dan kanak-kanak.
Silver 925 yang digunakan oleh Venyss juga mempunyai nilai dan boleh dijual semula. Yang penting ianya tahan karat kerana bersifat seperti emas, tahan lama dan sesuai untuk dijadikan aksesori kenangan. Ibu bapa boleh menghantar aksesori mereka untuk diubah saiz jika ingin diberikan kepada anak-anak di masa hadapan.
Di Venyss, aksesori boleh diservis berulang kali dan ada pakej cucian aksesori secara percuma. Venyss juga membuka peluang perniagaan sebagai agen dengan komisyen yang lumayan.
Sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp:
www.wasap.my/60126494330/dariSallynakdetailaksesoriVenyss
Website: www.venyssofficial.com
Facebook: https://www.facebook.com/venyssofficial
Instagram: https://www.instagram.com/venyss_official
Twitter: https://twitter.com/venyss_official
Telegram: https://t.me/venysspremium
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCYkGqxwLgVHX1ecGUvloxxg/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@venyss_official
Shopee: shopee.com.my/venyss_official
1 Comments
terliurnya tengok
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!