Pertama kali dengar koleksi mandian Parrot Botanicals, rasa macam pernah dengar, bila bau memang mengingatkan Sally kepada arwah nenek yang suka dengan sabun ini, zaman kanak-kanak pun memang selalu pakai sabun jenis buku, especially yang warna hijau (Thai Botanical and Herbs); no 1 best selling untuk jenama ini!
Kalau pernah dengar Popinjay atau Sabun Cap Burung atau lagi hebat Sabun Lejen? Haaa ini la antara nama-nama panggilan popular untuk koleksi mandian yang kini dikenali dengan nama Parrot Botanicals.
Kenapa Sally boleh ingat bauan ini sampai sekarang?
One of the reason, mestilah sebab ketahanan bau dia yang boleh capai sehingga 8 jam! Bayangkan walaupun dah seharian kita keluar, buat aktiviti rutin kita, selepas 8 jam kita masih lagi boleh bau kesegaran yang melekat dekat kulit.
Kalau pernah dengar Popinjay atau Sabun Cap Burung atau lagi hebat Sabun Lejen? Haaa ini la antara nama-nama panggilan popular untuk koleksi mandian yang kini dikenali dengan nama Parrot Botanicals.
Kenapa Sally boleh ingat bauan ini sampai sekarang?
One of the reason, mestilah sebab ketahanan bau dia yang boleh capai sehingga 8 jam! Bayangkan walaupun dah seharian kita keluar, buat aktiviti rutin kita, selepas 8 jam kita masih lagi boleh bau kesegaran yang melekat dekat kulit.
Menariknya kali ini, Parrot Botanicals kini boleh didapati dalam bentuk krim mandian dengan 7 pilihan bauan yang memang wangi, antaranya:
Classic Series:
1. Thai Botanical & Herbs
Bau Parrot's Signature yang digabungkan dengan bahan-bahan botani Thailand yang jarang ditemui, jadi baunya agak kuat tetapi masih lagi wangi. Antara pilihan daripada dahulu sampai sekarang.
2. Thai White Jasmine
Haruman lembut dan tulen dari bunga melati yang diselitkan dengan ekstrak oren dan asam jawa, menjadikan kulit lembut dan wangi sepanjang hari.
3. Sweet Pink Roses
Aroma Bulgarian Rose yang manis, melembapkan kulit dengan ekstrak aloe vera
Pastel Series:
4. White Sakura
Haruman yang menyegarkan dengan White Sakura
5. White Thanaka
Segarkan kulit dengan "White Thanaka" untuk keharuman yang tahan lama dan kulit cerah berseri
6. Lily Peach Cool
Bau aromatik yang manis dengan bunga Lily dan Pic. Memberi tenaga kepada kulit dengan sentuhan penyejukan oleh teknologi penyejukan Kristal
Lain-lain:
7. Classic Cool
Secara peribadi, Sally memang suka dengan bau White Tanaka, bau dia agak tipikal sebab bau bunga, tapi tidak terlalu kuat, bila pakai tu rasa macam tengah baring atas kebun bunga. Hahahaha. Melampau kan definasi dia tapi serius tau bau krim mandian Parrot Botanicals memang semua wangi dan tahan lama.
Jenama ini juga bukan sahaja dah lama bertapak, ianya juga merupakan jenama kebanggaan Thailand dan pernah memenangi Anugerah produk premium Thailand dalam Kategori Kecantikan dan Penjagaan Diri, yang diberikan oleh Kementerian Industri.
Kalau dah 'legend', mana boleh ada krim mandian je kan?
Koleksi mandian Parrot Botanicals juga boleh didapati dalam bentuk sabun buku. Pertama kali jumpa sabun buku yang warna hijau tu, memang sangat la menggamit memori, lama betul tau nampak sabun ini di pasaran Malaysia.
KESEGARAN BOTANIKAL ASLI THAI
Sabun buku Parrot Botanitals terdapat dalam 9 variasi yang terbahagi kepada 2 iaitu klasik dan pastel.
Classic Series:
1. Thai Botanical & Herbs
Wangian Botani Thai Unik No.1 Terlaris dengan bauan minyak Cengkih dan minyak Citronella. Paling legend dan paling wangi!
2. Sweet Pink Roses
Wangian Romantik Manis dari Mawar. Mencantikkan kulit dengan haruman Rose dan Aloe Vera
3. Thai White Jasmine
Bau yang manis dari Thai Jasmine, diserikan lagi dengan ekstrak dari asam jawa.
**Tiga bauan yang ini merupakan antara bauan yang paling digemari dan paling banyak terjual.
4. Floral
Wangian Sweet Blossoms, meningkatkan kelembapan kulit dengan ekstrak Timun dan dipertingkat dengan agen anti-bakteria daripada Minyak Eucalyptus (minyak kayu putih).
5. Scented Wood
Aroma haruman Wangian Kayu Wangi. Memberikan perlindungan anti-bakteria dan jerawat dengan ekstrak daripada 4 jenis pati minyak; Minyak daun cengkih, Minyak Patchouli, Minyak Lemon dan Minyak Kayu Putih.
6. Frangipani
Haruman Wangian Frangipani semulajadi daripada Ekstrak Manggis dan Minyak Daun Cengkih.
Pastel Series:
7. White Sakura
Haruman yang menyegarkan dengan White Sakura
8. Sweet Pink Rose
Aroma Bulgarian Rose yang manis, melembapkan kulit dengan ekstrak aloe vera
9. White Thanaka
Segarkan kulit dengan "White Thanaka" untuk keharuman yang tahan lama dan kulit cerah berseri. Bauan yang paling Sally suka. Wangi tapi tidak terlalu kuat. Bau bunga yang menyegarkan.
Jujur kata bila bawa balik sabun ini, orang yang paling gembira mestilah ibu. Dia teruja betul sebab semua sabun ini membawa kembali kenangan semasa Sally kecil dan yang paling penting mestilah dia teringat kepada arwah nenek Sally.
Dulu kalau balik kampung, sabun buku yang warna hijau (Thai Botanical Herbs) tu tak pernah tak ada dalam bilik mandi, jadi bila dapat jumpa balik memang gembira rasa. Walaupun tak semua bauan dan variasi ada dalam pasaran Malaysia, tapi sekurang-kurangnya ada sebahagian dan yang paling wangi, Thai Botanical Herbs pun ada.
@sally.jung Sabun legend! Rindu betul bau sabun Popinjay, ehh bukan la skrg nama dia Parrot Botanicals! Skrg ada shower cream & bar soap jugak tau. Boleh cari di semua pasaraya terkemuka atau secara atas talian di platform e-dagang Shopee BB Bliss Malaysia (https://shp.ee/2ydgcjj). #ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand ♬ original sound - Adam Shamil
Kepada korang yang teruja sama macam Sally dan nak dapatkan koleksi Mandian Parrot Botanicals, boleh cari di semua pasaraya besar, pasaraya, mini market dan juga secara atas talian di platform e-dagang Shopee BB Bliss Malaysia (https://shp.ee/2ydgcjj).
Facebook: Parrot Natural Malaysia
Instagram: Parrot Natural
4 Comments
Yang hijau tu memang wangi sangat. Rasa fresh je
ReplyDeletebest wei dapat yang ni..wangi sungguh
ReplyDeleterasa macam pernah guna. femes brand ni dari dulu
ReplyDeletekite pun pakai sabun ni.. wangiiii
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!