JOM HUAT BERSAMA-SAMA DI THE CHICKEN RICE SHOP DENGAN “AYAM HOT-AH”!
Merah dah memang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina, dan dengan inisiatif itu The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah untuk meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan. Ayam Hot-Ah diperkaya dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina ini boleh dinikmati bermula sekarang sehingga 28 Februari 2023.
Jujurnya Sally memang suka dengan rasa rempah serta rasa pedas, manis serta gandingan tauhu goreng dan daun bawang, memang sangat “Hot-Ah”! Seperti biasa The Chicken Rice Shop menawarkan tiga set yang berbeza untuk pilihan seisi keluarga.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.
“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” kata Kah Yong.
Untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru, TCRS turut mengajak pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’ (di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif) anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini.
“Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,” tambah Kah Yong.
Pelanggan yang menyertai cabaran ini bakal berpeluang memenangi baucar sedapZ The Chicken Rice Shop! Menarik kan?
Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
1 Comments
pedas dia menyengat jugak kan! memang sedap, nanti nak bawak family pulak dtg sini, hari tu soran2 je :)
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!