The Journey of Humankind; Kisah 25 Rasul Edisi Bahasa Melayu Hanya di Nurflix.

Sejak pelancaran Inisiatif Nurflix pada Julai 2020, Nurflix kekal komited sehingga hari ini untuk mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia.

Selain daripada katalog filem, drama dan hiburan sepertimana kebiasaan streaming platform lain, Nurflix turut mewujudkan katalog-katalog penting untuk tontonan masyarakat muslim di Malaysia khususnya seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan banyak lagi.

Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan jalinan kerjasama pembangunan katalog dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara Islam yang lain seperti Mesir, Turkey, Arab Saudi, Palestin dan Indonesia. Lebih 100 tajuk dan lebih 3,000 episod sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023 ini, gabungan dari Nurflix originals dan kandungan syndication.

Nurflix juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia membolehkan penerbitan koleksi penyelidikan itmiah seperti Al Quran dan Sains (USIM), Penyelidikan Produk Halal (UPM) dan banyak lagi.

The Journey Of Humankind.

Bermula tahun 2023, Nurflix melancarkan inisiatif penerbitan animasi Kisah 25 Rasul Edisi Bahasa Melayu. Nurflix Productions Sdn Bhd kini memulakan pembangunan katalog penerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. The Journey of Humankind akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s sehingga ke Sulasatus Salatin (Ketamadunan Sultan Kerajaan Melayu) berdasarkan rujukan daripada Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.

Fokus utama ialah untuk memudahkan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.

Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu.




Inisiatif pertama adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Siri pertama yang akan ditayangkan adalah Kisah Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan berada di platform Nurflix bermula hari ini, 27 Januari 2023 jam 9.00 malam. Sebagai langkah awal, Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa.

Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas AJ Anbiya. Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.


Antara artis yang terlibat dalam The Journey Of Humankind, Habib Ali Zaenal Abidin (Mushriff Nurflix), Tan Sri Syed Zainal Bin Syed Mohd Tahir (Pengerusi Nurflix) dan Encik Syah Mohamed (CEO Nurflix)

Kuiz Dan Tadabbur

Istimewa untuk mereka yang melanggan Nurflix, pihak Nurflix telah mendapat kerjasama dari syarikat Simply Umrah untuk menaja peraduan kuiz yang akan berlangsung sepanjang 13 minggu tayangan Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah. 3 orang pelanggan yang berjaya menjawab soalan kuiz mudah yang disediakan di setiap episod secara terkumpul sepanjang 13 episod akan menerima hadiah utama iaitu pakej umrah ekslusif. Manakala pemenang kuiz mingguan pula akan menerima hadiah seperti Fine Gold Bar 999 (0.5g) tajaan KABGold Sdn Bhd dan AI Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mahsyar tajaan Mahsyar Group.

Harapan Nurflix supaya penonton akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman terhadap kisah dan melalui proses tadabbur Al Quran ketika menonton Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah ini. Menurut Pengarah Kandungan Nurflix, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis: “sekurang-kurangnya terdapat 5 surah yang terdapat di dalam siri ini dan ianya dapat membantu proses tadabbur kepada penonton’. Ini kerana dalam setiap babak bacaan dan terjemahan Al Quran akan dipaparkan sebagai rujukan dan amat bermanfaat untuk tontonan sekeluarga.

Satu-satunya penyelamat manusia pada hari akhirat kelak ialah kitab suci al-Quran. Sesungguhnya setiap daripada kalam Allah itu punya manfaatnya yang tersendiri. Jika tidak mampu menghafalnya, maka cubalah mentadabburnya. Jika tidak mampu tadabburnya, maka bacalah ia.

Jujurnya Sally sangat bangga dengan inisiatif Nurflix untuk mengembangkan ilmu tentang Islam, serta menjalankan dakwah dengan cara yang terkini. Jangan lupa untuk langgan Nurflix dan tonton Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah bermula malam ini serta pelbagai lagi konten menarik seperti Kejayaan Islam Di Bumi Sriwijaya, The Khadijahs, siri podcast menarik yang ada tersedia di platform Nurflix.

Post a Comment

0 Comments