Kempen AEON 'Smile of Love' Hadiahkan Tiket Pelayaran Mewah Genting Dream.

Pernah terbayang tak pengalaman bercuti di atas kapal mewah? Menyelusuri lautan yang luas dengan fasiliti yang bertaraf lima bintang? Kalau korang ada impian untuk menaiki cruise, ini ada berita baik yang Sally nak kongsikan kepada semua!

AEON CO. (M) BHD atau AEON, sebuah syarikat trangkaian pasar raya di Malaysia, mengumumkan pelancaran kempen terbaharunya, "Smile of Love – Win A Cruise Contest" dengan kerjasama Resorts World Cruises. Program menarik ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi pelayaran 3H/2M di Kapal Persiaran Genting Dream oleh Resorts World Cruises.



Kempen menarik ini berlangsung dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023, di mana 8 pemenang bertuah akan diumumkan pada 15hb setiap bulan. Kempen Smile of Love bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan AEON yang setia dan sentiasa menyokong dan atas kesetiaan mereka dan membeli-belah di AEON Malls. Ini adalah salah satu usaha AEON untuk mencipta kebahagiaan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pelanggan mereka.

Dari kiri: Ong Hsieh Lien, Assistant Vice President, Corporate Communications and Marketing of Resorts World Cruises, Nikki Lee, Head of Mall Marketing, AEON & Koh Mei Leng, General Manager - Head of Payment System of AEON Credit Service.

Bagaimana untuk sertai kempen ini? Mudah sahaja! Pelanggan hanya perlu membuat pembelian serendah RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan Ahli AEON) dengan jumlah sehingga dua gabungan resit dalam hari yang sama di semua outlet F&B, snek & pawagam.



Senang kan? Pelanggan bertuah bakal memenangi tiket pelayaran untuk 2 orang di Kapal Persiaran Genting Dream yang merupakan sebuah kapal persiaran mewah, menampilkan keselesaan & keramahan Asia yang asli, digabungkan dengan pengalaman terbaik dari seluruh dunia. Kerjasama antara AEON dan Resorts World Cruises adalah masa yang tepat kerana Genting Dream kini berlepas dari Pelabuhan Klang setiap minggu, menawarkan siri 2 dan 3-Pelayaran malam ke destinasi popular, termasuk Pulau Pinang, Singapura dan tidak lama lagi Phuket.



The Genting Dream, 'A Resort Cruising at Sea' menyediakan pelbagai tawaran menarik yang inklusif, seperti makan percuma, yang menampilkan pelbagai masakan antarabangsa dan Asia, serta sudut snek kegemaran sepanjang hari. Sebagai sebuah Kapal Pelayaran Mesra Halal Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, pengembara Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman yang disahkan Halal di bahagian khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian dan Jain cuisines. Istimewanya, bilik solat juga turut disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu Muslim.

*Organisation of Islamic Cooperation / The Standards and Metrology Institute for Islamic Countries

Tidak terhad kepada makanan, Genting Dream menawarkan hiburan tanpa henti yang menarik untuk tetamu termasuk persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem di Zodiac Theatre yang berkapasiti 999 tempat duduk yang mengagumkan, taman tema air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, Ropes Course dan ziplines, Rock Climbing Walls, Mini Golf Course, Spa Genting Dream serta lebih banyak aktiviti rekreasi untuk seluruh keluarga.

Untuk butiran lanjut mengenai program ini, sila layari Facebook AEON Mall di https://www.facebook.com/AEONMallMY/.

• Facebook: AEON Retail Malaysia | AEON MALL MY
• Instagram: AEON Retail Malaysia | aeonmallmalaysia
• Twitter: AEON Retail Malaysia
• LinkedIn: AEON Group Malaysia
• Website: www.aeongroupmalaysia.com

#AEONmall #AEONmallsmileoflove #ResortsWorldCruises #jomcruiserwc #GentingDream #gdr #AEONMalaysia

Post a Comment

0 Comments