Teroka Seantero Dunia dalam satu malam?
Tak mustahil dengan Bufet Ramadan di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur yang akan membawa kita meneroka citarasa yang unik di seluruh benua yang bertemakan Ramadan Seantero Dunia.
Tak mustahil dengan Bufet Ramadan di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur yang akan membawa kita meneroka citarasa yang unik di seluruh benua yang bertemakan Ramadan Seantero Dunia.
Dorsett Kuala Lumpur memperkenalkan Chef Eksekutif mereka yang baru dilantik, Mohd Azmi yang bekerja keras untuk membawakan menu-menu istimewa dari seluruh dunia seperti Lamb Shakshouka iaitu hidangan telur yang dimasak bersama sos tomato (Maghribi), Ayam Bukhari (Uzbekistan), Bamia iaitu stew daging bersama bendi (Mesir), Mashuai, hidangan istimewa ikan yang dibuat dengan membakar seluruh ikan yang telah disapu dengan minyak dan rempah (Muscat).
Tidak cukup dengan menu-menu masakan asli daripada negara yang berlainan, disini juga ada pembuka selera dan pencuci mulut Timur Tengah termasuk Tharid Lamb Chickpea, sup roti popular daripada Turki yang diperbuat daripada roti pipih hancur yang dibasahkan dengan sup atau rebusan.
Dorsett Kuala Lumpur tidak hanya menawarkan menu daripada Timur Tengah, tetapi ada juga menu-menu asli daripada Malaysia dan juga negara serumpun seperti Indonesia dan Thailand.
Kalau korang suka dengan manisan daripada Timur Tengah, jangan lupa cuba pelbagai jenis manisan seperti knafeh dan baklava. Secara peribadi, Sally suka dengan kepelbagaian yang ada cuma kadang-kadang terkejut sikit dengan rasa rempah ratus yang pelbagai tapi yang pasti semuanya berikan kelainan daripada segi rasa.
Ramadan Seantero Dunia tersedia setiap hari dari 27 Mac hingga 20 April 2023 dari 6.30 petang hingga 10.00 malam, berharga RM138nett (Dewasa), RM118nett (Kanak-kanak berumur 4-12 tahun & Warga Emas 60 tahun ke atas).
Sila buat tempahan awal supaya tidak kecewa. Untuk tempahan dan tempahan lanjut di Checkers, sila Hubungi atau WhatsApp di +60 12 674 3509 atau +6012 628 055.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!