Bufet Ramadan 2023 | PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2023 di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur | Sedang mencari lokasi berbuka puasa yang penuh dengan pilihan makanan yang pelbagai dan menu-menu yang membawa kita teringatkan kenangan lama, Sally kongsikan bufet Ramadan bertemakan Selera Juadah Kampung di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Bufet akan disajikan bermula 24 Mac hingga 21 April 2023.



Selera Juadah Kampung yang akan disajikan di restoran Thyme, mempunyai gerai-gerai yang yang mengingatkan kita kepada suasana kampung, santapan ala fresco lengkap serta alunan muzik ghazal yang akan mengimbau suasana perayaan!



Antara pilihan menu yang tradisional termasuklah Kambing Golek, Nasi Kandar, Aneka Bubur, Rojak Lambung Mamak, Gulai Kawah, dan macam-macam lagi! Live cooking pun ada tau! Untuk peminat makanan laut, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur akan menceriakan selera kita dengan sashimi yang segar, pelbagai jenis pilihan sushi dan makanan laut yang baru dihiris seperti tiram dan pelbagai hidupan cengkerang yang lain. Sally paling suka dengan juadah di bahagian Masakan Cina, memang semua sedap-sedap.









Stesen langsung (live-cooking) ala street food juga ada char kuetiau, murtabak dan makanan laut yang baru dimasak mengikut tempahan dan pilihan kita. Jangan ketinggalan untuk mencuba pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan pencuci mulut yang menyelerakan, semuanya disediakan sendiri oleh dapur mereka. Habibi! Jangan lupa cuba kunafa dan baklava tau. Unlimited supply, sangat la wajib untuk dicuba.



Harga Bufet Ramadan Selera Juadah Kampung
RM228 bersih untuk dewasa
RM114 bersih untuk kanak-kanak (6 hingga 11 tahun)
Diskaun dikenakan untuk kad kredit dan debit terpilih.
'Early Bird dari 1hb hingga 15hb Mac: 4 orang, percuma 1 orang (4+1)(terpakai untuk makan pada 24 hingga 28 Mac 2023). Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.

Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur juga, mereka turut mengadakan Nostalgia Bazaaria Negeri, yang menampilkan hidangan tempatan dari 13 negeri Malaysia yang berbeza. Daripada Nasi Beriani dengan daging bahagian kaki kambing (Lamb Shank), Asam Pedas Nyonya dan Ikan Bakar Portugis daripada Melaka, Nasi Kandar daripada Penang sampai la Nasi Dagang Gulai Ikan Aya yang terkenal di Terengganu.

Menu luar Semenanjung? Haaa, dekat sini pun ada latok dan Ambuyat dari Sabah dan Ayam Pansuh & Umai lkan dari Sarawak. Harga untuk bazar Nostalgia Bazaaria Negeri berharga RM128 bersih, dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. Promo 'Early Bird dari 1 hingga 23 Mac: 9 orang, percuma 1 orang (9+1) (terpakai untuk makan pada 24 Mac hingga 21 April 2023). Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.

Untuk tempahan, boleh hubungi pihak PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur di +603-2782 8493/ 8411 / 8391 / 8465 / 8491 / 8413.

Post a Comment

0 Comments