Bufet Ramadan 2023 | Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Masih mencari lokasi berbuka puasa yang menghidangkan menu-menu asli masakan Melayu? Kalau di tanya, masakan Melayu asli kat mana yang menjadi kegemaran Sally, memang takde yang lain selain daripada Restoran Rebung Dato Chef Ismail yang terbaik. Setiap kali menjengah Ramadan, Sally memang takkan lepaskan peluang untuk ke Rebung berbuka puasa. Tahun ini pun tidak terkecuali.

Tema untuk tahun 2023 ialah "Santapan Di-Raja" yang menghidangkan lebih daripada 90 jenis pilihan hidangan makanan dan juga pelbagai jenis pilihan minuman. Kebanyakan menu di Restoran Rebung berunsurkan masakan tradisional masyarakat Melayu. Bukan makanannya sahaja berkonsepkan masyarakat Melayu, teratak mereka juga menggunakan hiasan dan dekorasi berkonsepkan khazanah Melayu Asli, baik dari segi hiasan dalaman dan luaran, hiasan gambar dan sehingga ke tanaman yang ada.



Istimewanya pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan Nasi Ayam Golek Istana, melengkapkan tema bufet mereka tahun ini.







Restoran Rebung juga mengekalkan hidangan wajib seperti Telur Itik Masak Lemak Cili Api , Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Gulai Kawah Kambing, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Asam Pedas Pari/Daging Tetel dan sebagainya.





Ketika Ramadan, mesti ada juadah istimewa yang selalu diinginkan ketika berbuka puasa. Terdapat beberapa “Action Stall” disediakan di Restoran Rebung. Gerai-gerai ini akan menyediakan makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas.

Antara makanan yang disediakan secara langsung adalah Murtabak, Roti Jala, Popiah Basah, Onde-Onde, gerai memanggang Ikan Bakar, dan beberapa jenis makanan lain lagi. Jadi tak perlu nak ke bazar sebab semuanya boleh didapati di Restoran Rebung.

Sally paling suka 'stall' yang menghidangkan pisang goreng dan cucur bawang, sedap sangat makan panas-panas.






Ikan Kembung Percik, Murtabak Ayam dan Daging

Kepada peminat Nasi Kerabu asli daripada Kelantan, dekat sini juga disediakan hidangan Nasi Kerabu lengkap dengan Ayam Percik, Daging Bakar, Ikan Celup Tepung, Solok Lada, Telur Masin dan beraneka jenis keropok. Bubur Lambuk juga turut disediakan.

Terdapat juga pelbagai pilihan air seperti air balang pelbagai perisa, Kopi O kampung, Teh O panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi.

BUTIRAN BUFET RAMADAN RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL
Tarikh: 23 Mac - 20 April 2023
Lokasi: Restoran Rebung Chef Ismail
Masa: 6.30pm - 9.30pm
Harga: Dewasa RM99.00, Kanak-kanak (5-12 tahun) RM69.00


Restoran Rebung Dato Chef Ismail mampu memuatkan hampir 500 pengunjung dalam satu masa yang sama, dan mempunyai lif serta mesra OKU. Restoran ini juga MEMPUNYAI SURAU yang luas dan selesa untuk semua umat Islam mengerjakan solat Maghrib dan Isyak.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi sepanjang bulan Ramadan; ORKES MELAYU ROJER akan mengalunkan irama Ghazal yang mengusik jiwa sepanjang waktu berbuka puasa, istimewa untuk semua pelanggan Restoran Rebung.



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bufet Ramadan, boleh berhubung terus dengan wakil Restoran Rebung Chef Ismail di 03-2276 3535 / 03-2276 2525

Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50430, Kuala Lumpur
Email: restoranrebungchefismail@gmail.com
Facebook: Restoran Rebung Chef Ismail

Post a Comment

0 Comments