Juadah Kampung Buffet Dinner di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur

Seperti tahun-tahun lepas, Sally mmg tak pernah lepaskan peluang untuk ke The Federal Kuala Lumpur untuk berbuka puasa. Selain daripada menu dia yang pelbagai, kawasan dia yang luas dan selesa menghadap swimming pool itu memang best!



Tahun ini sekali lagi The Federal Kuala Lumpur menampilkan lebih 100 hidangan tradisional untuk dipilih, ada sajian masakan kampung dengan pelbagai pilihan kerabu, sambal dan salad yang menyegarkan. Di bahagian menu barat dan lain-lain pula ada barbeku, sate, makanan laut yang segar, sushi & sashimi, BBQ, pasta dan banyak lagi, pendek kata semua juadah menggoda deria rasa mereka turut menampilkan resipi terkenal Kontiki termasuk nostalgia masakan khas dari Dapur Tunku milik Perdana Menteri pertama Malaysia yang dikasihi, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.



Menu-menu mereka akan ditukar setiap hari, ada 3 set menu kesemuanya. Sally paling suka bahagian kerabu, sebab ada pelbagai jenis macam kerabu mangga, kerabu timun, kerabu daging, kerabu kerang, kerabu udang, kerabu ayam dan kerabu taugeh.



Bukan tu je, ada juga rojak buah, ulam-ulaman Kampung, yang dipadankan dengan ikan masin, telur masin, tauhu sumbat, pulut kuning dengan serunding, acar buah, acar rampai, lemang, ketupat...eh semua jenis la ada. Untuk peminat sushi, sashimi, pelbagai jenis makanan laut yang segar, semua ini pun ada disediakan.





Dekat bahagian luar berhampiran dengan kolam renang, berkonsepkan macam gerai-gerai. Antara menu menarik yang wajib cuba seperti kari kepala ikan, mi kari, asam laksa, mi udang, nasi dum beriani, lok-lok, roti canai, roti john, pelbagai dim sum dan nasi ayam.



Paling menarik sebab dekat sini, setiap hari ada pelbagai jenis lauk pauk yang pelbagai, sampai rambang mata la nak ambil yang mana sebab semua pilihan yang sedap-sedap. Kena cuba menu opor ayam, ketam masak pedas, tempe goreng dengan ikan bilis, ayam masak kuning, daging masak cili, sotong masak taucu, ayam kari siam, daging kicap kacang pea, kembong goreng serai, ayam lemak cili api, kambing kicap kacang pea, ketam sos tomato, siakap masak halia, ekor lembu masak asam pedas, ayam masak merah, siakap paprik, kurma kambing dengan kentang, ketam kari hijau, sotong kicap berempah, ayam phad phed, pari asam pedas, kerang lemak nenas, sotong rendang hijau, tenggiri goreng berempah, daging rending tok, gulai ayam kampung, udang galah berlada bersama petai, masala udang, Ayam Buttermilk, masala kambing, dan macam-macam lagi. Itu yang mana Sally ingat tau, semua menu-menu ini akan ditukar setiap hari.



Di bahagian BBQ, ada kambing panggang, ikan kakap merah bakar, ayam tandoori, tenderloin daging lembu bakar, sate daging & ayam, otak-otak dan di stesen goreng, terdapat drummet ayam, sotong, kepak ayam, udang harimau dan ketam bunga. Makan panas-panas memang terbaik!

Bahagian yang paling bahagia bagi Sally semestinya bahagian pencuci mulut yang lazat seperti aneka kuih-muih Melayu, dodol kampung, wajik kampung, kek, puding, tart, krim karamel, puding roti, jeli dalam kaca pelbagai pastri Perancis, buah segar, kurma, tempeyek, cakar ayam, pisang goreng, sukun goreng, cempedak goreng, keledek dan keladi goreng, bubur manis, ais kacang, ditambah pula dengan Teh Tarik Kontiki yang terkenal dan ais krim serta pencuci mulut lain. Pendek kata setiap satu yang korang teringin mesti ada di Kontiki.


Opor Ayam



The Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga RM158 nett/dewasa, RM58 nett/kanak-kanak, RM78nett/warga emas.



Untuk tempahan boleh hubungi :
The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2148 9166 Ext 2239
Email: fnb@federal.com.my
Website: fhihotels.com/federal
Facebook: https://www.facebook.com/kontiki.thefederalkl
Instagram: https://www.instagram.com/kontiki.thefederalkl/

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik betul menu dia. Tak pernah try lagi buffet kat sini

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!