Mak Kimbong x Experiment Kitchen Bawakan MAHA BUFFET; Bufet Ramadan Terbesar 2023 di MAEPS Serdang.

Haaaa! Macam mana la gayanya bufet Ramadan terbesar tahun ini? Kalau nak tahu macam mana kenalah booking dari sekarang!


Dinamakan MAHA BUFFET iaitu Bufet Ramadan Terbesar 2023, kerana bufet ini akan dijalankan oleh dua buah restoran yang sangat berpengalaman iaitu Mak Kimbong (17 tahun dalam industri) dan Experiment Kitchen (6 tahun dalam industri). Kedua-dua restoran ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam menu-menu masakan kampung dan juga menu barat.

MAHA BUFFET akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 Mac sehingga 20 April bermula jam 6.30pm – 10.00pm (9.30pm waktu akhir makanan disediakan) di Dewan C, MAEPS Serdang.



Di MAHA BUFFET, mereka menawarkan hampir 200 jenis menu setiap hari dan 20 stall live-cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, menu barat dan street food, pencuci mulut, kuih-muih & menariknya mereka turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga boleh menikmati menu berbuka yang lazat & menepati citarasa mereka.



Dengan tagline “Family Friendly Buffet”, di bufet ini juga mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik.

Menambahkan keindahan waktu berbuka puasa, setiap hari bufet akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid seperti kumpulan In-Team, UNIC dan Rabbani & perkongsian dari penceramah-penceramah, pendakwah tanahair serta pakar motivasi seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Tarbiah Sentap dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan. Untuk mendapatkan tarikh artis-artis dan penceramah ini akan turut serta, boleh layari link ini ya (https://linktr.ee/munstermalaysia)





MAHA BUFFET juga turut menganjurkan program tadarus Al-Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.

Sally sempat meluangkan masa untuk merasai beberapa jenis menu yang akan ditawarkan sepanjang Ramadan nanti, jujur kata menu-menu yang ditawarkan memang menarik dan mempunyai kelainan daripada bufet yang lain, antaranya Sally sarankan korang untuk mencuba sotong giant bakar, apam balik, dan chicken wing. Fuhhh~













Ruang makan yang luas (kapasiti dewan 3,000 orang dikurangkan kepada 1,200 orang pada satu-satu masa) dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama.

Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking (perlu dibayar kerana diuruskan oleh pihak MAEPS) untuk memudahkan semua pengunjung yang datang. Kepada mereka yang merindui tram untuk bersiar-siar di MAEPS, perkhidmatan tram juga akan disediakan untuk bersiar-siar sekitar MAEPS sebelum waktu berbuka puasa nanti.















Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi, hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa & RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah. Sangat berbaloi untuk nikmati.

Istimewa kepada semua pengunjung pada minggu pertama sehingga minggu ketiga, ada tawaran diskaun sehingga 15% untuk tempahan pada hari bekerja (Isnin-Jumaat). Untuk membuat tempahan, boleh layari link ini ya (https://linktr.ee/munstermalaysia)

Post a Comment

1 Comments

  1. Selalu tengok live ig mak kimbong dengan experiment kitchen ni. Sambutan menggalakkan betul kat sini

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!