Siapa yang tak gembira bila dapat bercuti secara percuma kan? Itulah apa yang dirasai oleh 29 orang pembeli bertuah terpilih sebagai pemenang kempen Jom Cuti Sakan yang telah berlangsung pada 1 Mac sehingga 30 Jun yang lalu. Kempen ini merupakan anjuran KOPETRO Travel yang merupakan anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO).
Istimewanya kerana para pemenang dijemput dan mencabut sendiri pelbagai hadiah yang berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000. Untuk yang tertanya-tanya bagaimana pemenang ini dipilih, kempen Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel.
Istimewanya kerana para pemenang dijemput dan mencabut sendiri pelbagai hadiah yang berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000. Untuk yang tertanya-tanya bagaimana pemenang ini dipilih, kempen Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel.
Kempen ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sepanjang tempoh kempen dengan hampir 300 pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam, pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sunway Lagoon dan juga pakej-pakej lokasi ikonik yang lain seperti Krabi dan Hat Yai.
Semasa majlis ini juga, pihak KOPETRO turut mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh mendapatkan pakej pelancongan daripada KOPETRO Travel dan juga barangan keluaran KOPETRO yang lain secara dalam talian di PETRONAS Shop melalui link https://bit.ly/43Ouglf. Kerjasama ini memberikan akses mudah kepada Anggota KOPETRO dan orang ramai untuk mendapatkan pakej pelancongan KOPETRO di atas talian, tanpa perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter.
Kempen Jom Cuti Sakan yang telah memasuki edisi kedua, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan dan telah menjana pendapatan yang baik buat KOPETRO. Salah satu sebab adalah kerana KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun dalam industri pelancongan negara. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi.
Jadi, jika anda mencari pakej percutian yang menarik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan ahli KOPETRO Travel yang bakal turut serta di dalam pameran pelancongan MATTA Fair Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 1 - 3 September 2023 nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Dengar kata ada pelbagai promosi ‘harga runtuh’ yang dijamin mesra poket.
Tidak sempat ke MATTA Fair? Jangan risau, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel, boleh segera menghubungi talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847, atau layari laman web KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my. Selain itu, jangan lupa untuk mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok untuk informasi dan promosi terbaharu.
2 Comments
Selalunya Mak beli minyak hitam murah dekat KOPETRO. Rupanya macm-macam juga produk lain dia ada. Huhuhuhu.
ReplyDeletewah..bestnya...
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!