Beranikan Diri Tampil Tanpa Mekap di Bengkel Kecantikan Tanpa Mekap Bersama Skeyndor.

Menjadi rutin terutamanya wanita mesti akan ada rejim kecantikan dan penjagaan wajah masing-masing. Ada yang hanya gunakan 'basic' dan ada juga yang menjangkau ke 12-15 langkah penjagaan. Kalau tanya Sally, Sally bukan seorang yang pentingkan penjagaan kulit muka tapi sejak menjadi blogger dan berjumpa dengan ramai orang, sedikit sebanyak rasa malu nak keluar tanpa mekap.

Sejujurnya sebahagian besar wanita akan rasa 'insecure' untuk keluar tanpa mekap. Sally pula sejenis yang ikut mood, ada masa nak mekap setebal alam, jalankan rutin dengan rapi dan ada kalanya cukup sekadar mencuci muka dan sapu pelembap, tapi kan, apa kata Sally kongsikan bagaimana nak beranikan diri untuk keluar tanpa mekap!


Beberapa minggu lepas, Sally berkesempatan untuk menghadiri Bengkel Kecantikan Tanpa Mekap Bersama Jenama Skeyndor (No-Makeup Beauty Workshop) untuk mengetahui rutin yang betul penjagaan wajah. Jangan terkejut, dengan rutin yang betul dan konsisten, kecantikan semulajadi akan menjadikan kita lebih yakin, walaupun tanpa mekap.

Bengkel yang berlangsung selama 4 jam ini memang padat dengan pelbagai tip penjagaan wajah. Istimewanya sambil belajar, kami juga praktikkan setiap langkah demi langkah dengan bantuan pakar daripada Skeyndor. Sedikit info tentang Skeyndor, mereka bermula pada tahun 1966 dengan misi menghasilkan produk inovasi berterusan dan secara konsisten mendapatkan penemuan baharu selaras dengan konsep "Sains Mencipta Kecantikan". Apa yang pasti hasil penemuan adalah terbukti secara saintifik terbaik menerusi kajian keberkesanan.


Skeyndor merupakan sebuah jenama penjagaan kulit No. 1 di Sepanyol dan diiktiraf sebagai lima belas jenama kosmetik profesional terbaik di dunia. Jenama ini telah memasuki di lebih 55 negara. Jangan tak tahu Skeyndor mempunyai pasukan pakar teknikal dan jabatan R+D+I sendiri serta bekerjasama dengan Majlis Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CSIC) bagi penemuan bahan aktif baharu.

Sepanjang bengkel, kami mencuba pelbagai produk-produk hebat Skeyndor disamping mempelajari kegunaannya. Antara produk istimewa ini seperti:
Expert Cleanse Pro - siri penjagaan wajah yang mempunyai 3 fasa mudah. Ianya dapat membersih secara mendalam (deep cleansing) agar wajah bebas cela.
Multimask Power Ritual - Terdapat 3 jenis mask wajah iaitu +Luminosa (bright), +Hidratada (Moisturized) dan +Purificada (Purified).
Intensive Beauty Ritual - 7 kepekatan unik untuk penggunaan selama 7 hari.
Hyaluron Filler Base
Protection Cream (Protection Solar) - melindungi wajah dari cahaya matahari.



Jujur kata, dengan mengikuti semua langkah dan konsisten mengaplikasi produk-produk Skeyndor memang kita akan rasa kelainan pada wajah. Sally paling suka dengan Multimask Power Ritual Skeyndor, sebab tidak seperti mask yang lain, kita tak perlu gunakan terlalu lama tapi kesannya sangat pantas. Lepas guna mask, Sally rasa wajah memang lebih bersih, cerah dan anjal.


Tip yang paling Sally tak boleh lupa ialah penting sebenarnya kita menjalankan rutin penjagaan wajah dengan lembut. Wajah kita seharusnya dibelai bukan untuk diperlakukan secara kasar. Terdetik juga sebab Sally kalau gunakan skrub, tonyoh muka macam nak hilangkan sel kulit mati setebal 7 inci.

Sally memang rasa puas hati dapat kumpulkan ilmu penjagaan wajah daripada pakar Skeyndor. Mereka langsung tidak lokek nak berkongsi tip dan memastikan kita faham dengan rutin penjagaan wajah dengan baik. Bertambah gembira tu sebab Sally juga merupakan antara mereka yang bertuah semasa cabutan hadiah. Bertambah la koleksi produk Skeyndor untuk Sally.


Walaupun Sally masih lagi tak berani nak keluar tanpa mekap, tapi Sally yakin dengan kesihatan kulit wajah Sally. Mungkin rasa yakin boleh buat kita berani?

Post a Comment

4 Comments

  1. best giler produk skeyndor ni… kalau pakai hari2 mmg lehtops la hehehe

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa.. kita pun kalau blh mls nak makeup2 atau makeup pun just nipis2 simple je skg

    ReplyDelete
  3. I like their skincare range especially their hydration mask

    ReplyDelete
  4. Memang boleh yakin tanpa mekap dengan skeyndor ni..Dahla lembut muka lepas pakai ikut step

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!