Baki Zainal Duta CSR - Menerajui Inisiatif Kelestarian Untuk Eco-Shop.

Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi menarik antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau akan memainkan peranan sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.

Merupakan seorang individu terkemuka yang komited dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan kita dan memupuk perubahan positif dalam kebajikan masyarakat, komitmen Baki Zainal sejajar dengan visi Eco-Shop ke arah perubahan persekitaran yang lebih mampan dan positif. Bukan itu sahaja, malah pengaruh dan kesungguhan beliau terhadap amalan mesra alam juga selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Sebagai Duta CSR, Baki Zainal akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif kelestarian, berinteraksi dengan komuniti, dan mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen dan acara pendidikan.


"Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari. Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam," katanya.

Dalam pada itu, pihak Eco-Shop turut memaklumkan bahawa sumbangan pelbagai aspek Baki Zainal dalam pemerkasaan gaya hidup berwawasan ini telah menjulang beliau sebagai duta utama. Kedua-dua belah pihak juga amat mengharapkan agar inisiatif yang digerakkan ini mampu memberi impak dan mewujudkan legasi dalam perubahan positif untuk alam sekitar dan juga komuniti.

Dengan kerjasama baharu ini, Baki Zainal akan memimpin langkah pertama Eco-Shop ke arah kemampanan dengan melancarkan kempen revolusioner mereka, "No Plastic, Go Eco." Langkah ini tidak hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.

Post a Comment

3 Comments

  1. Lama tak nampak Baki..dulu selalu nampak dia cakap Cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, Mak baru nak komen benda yang sama. HAHAHA.

      Delete
  2. Halooo kak sallyy , long time no seee hahahahha. Yes Baki last saya pernah jumpa pada tahun 2010 kalau tak silap .. Hes good

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!