Bufet Ramadan 2024 | Bangi Golf Resort (BGR)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan!

Sudah menjadi rutin Sally setiap kali Ramadan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort (BGR). Untuk tahun 2024 mereka tampil dengan tema Warna Warni Ramadan, yang menjanjikan kepelbagaian jenis menu yang sesuai untuk semua kaum yang ada di Malaysia. Tidak dinafikan, makanan memang boleh menyatukan rakyat.

BGR memang terkenal dengan menu kambing bakar dan juga sate mereka. Jadi tak hairanlah kalau setiap kali berbuka puasa, barisan di dua bahagian ini memang sentiasa panjang dan paling cepat habis!


Bukan itu sahaja, Sup Kambing Mamak yang wangi dan berempah ala India ini pun tak kurang hebatnya. Isinya lembut, kuahnya pekat dan memang terasa segala rempah yang telah direneh lama. Makan dengan nasi sedap, cicah dengan roti pun mantap!


BGR menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Mushroom Espuma hanya terdapat disini. Untuk hidangan yang lebih tradisional, kegemaran keluarga seperti Spaghetti Carbonara turut tersedia.

Sally tak ingat sejak tahun bila ada menu Nasi Kerabu di BGR tetapi sejak daripada tahun itu, ibu Sally kalau ke BGR tak pernah lepaskan peluang untuk makan Nasi Kerabu setiap kali kami berbuka puasa dekat sini. Warna biru Nasi Kerabu mereka datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun BGR. Menarik kan?


Tahun ini ada beberapa meu baru yang diperkenalkan antaranya Gyoza goreng buatan sendiri dengan pelbagai sos istimewa, Bebola Daging Sweden dengan Sos Perang & Kentang Putar,
Mantao Goreng dengan Sos Cili Ketam, Ayam Panggang Peri-Peri, Mee Hokkien Pulau Pinang, dan pelbagai pilihan lagi, pendek kata kalau datang BGR mesti akan ada menu yang pada akhirnya akan menjadi kegemaran kita saban tahun.




Sebahagian hidangan pencuci mulut yang disediakan termasuklah kuih-muih tradisional, diantaranya Serawa Durian dengan pulut kukus yang terkenal. Korang tau tak BGR ada dusun durian mereka sendiri?

Terdapat Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce. serta puding, agar-agar dan buah-buahan.


BGR menjanjikan ruang parking yang mampu menempatkan sehingga 800 buah kereta, surau lelaki dan perempuan untuk menunaikan solat, tandas, baby room/nursing room turut disediakan. BGR merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima Sijil HACCP untuk ruangan dapur / yang tidak perlu dikhuatiri komitmen BGR terhadap Halalan Toyyiban, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.

Harga Bufet Ramadan 2024 Bangi Golf Resort

Harga:
RM65.00 bagi dewasa
RM32.50 kanak-kanak.
Harga diskaun bagi berkumpulan dan harga di luar waktu puncak boleh dibeli melalui laman web mereka iaitu https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2024/
Semua harga di atas adalah tertakluk kepada 6% SST.
Tarikh: 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024
Hubungi : 1-700-82-1457
Website : www.bgrrest.com

Post a Comment

0 Comments