Bufet Ramadan 2024 | Dorsett Kuala Lumpur


Bufet Ramadan di Dorsett Kuala Lumpur merupakan antara bufet kegemaran Sally kalau mencari lokasi berbuka puasa di tengah bandaraya Kuala Lumpur kerana mudah akses dengan perkhidmatan kenderaan awam. Tahun ini mereka membawakan tema Sajian Rasa Nusantara yang membawakan menu-menu kegemaran rakyat Malaysia.



Sajian Rasa Nusantara di Dorsett Kuala Lumpur menawarkan 3 rotasi menu yang berbeza mengikut giliran sepanjang tempoh bulan Ramadan 2024.

Antara menu yang wajib cuba pada Sally adalah Kambing Golek, Kari Kepala Ikan, Daging Salai Masak Lemak Cili dan Siput Sedut Masak Lemak. Ada juga menu yang susah nak jumpa seperti Manok Pansoh dan Rendang Burung Puyuh dan pelbagai lagi hidangan yang tak mengecewakan!



Harga Sajian Rasa Nusantara Dorsett Kuala Lumpur
RM158 nett (Dewasa)
RM128 nett (Warga emas 60 tahun ke atas)
RM128 nett (Kanak-kanak 4-11 tahun)

Untuk tempahan, boleh hubungi +6012628930 / +6032716100


Ruangan bufet dibukan seawal dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Sepanjang malam juga, para tetamu akan dihiburkan dengan alunan lagu-lagu menarik daripada Project X Production.



Post a Comment

0 Comments