Realisasikan Dua Impian; Miliki Kediaman di Bayu Sutera dan Tunaikan Umrah Secara Percuma.

Realisasikan Dua Impian; Miliki Kediaman di Bayu Sutera dan Tunaikan Umrah Secara Percuma.

Mempunyai kediaman sendiri sudah semestinya menjadi impian semua orang, tak kurang juga yang teringin menjejakkan kaki di Tanah Suci, untuk menjalankan ibadah umrah atau haji. Jangan risau, realisasikan kedua-dua impian; memiliki rumah idaman dan mengerjakan umrah dengan Bayu Sutera.

Bayu Sutera, merupakan sebuah projek pembangunan projek dibawah kelolaan Matrix Concept seluas 216 ekar & fasa pertama pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada tahun 2021. Kejayaan dalam penjualan fasa-fasa terdahulu menjadi bukti penerimaan dan kepercayaan 963 pemilik yang telah menerima kunci kediaman mereka. Pemaju juga turut menerima StarProperty Awards for: The Cornerstone Award – Best Landed Development (Excellence) 2024.


SIRI TERBARU BAYU SUTERA

Siri terbaru kediaman Bayu Sutera, terletak strategik di tepi tasik, menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. Rumah-rumah baru ini bukan sahaja menawarkan pemandangan tepi tasik yang indah tetapi juga dilengkapi dengan ciri-ciri rumah pintar terkini, memastikan ianya sesuai dengan gaya hidup masa kini yang selesa dan selamat, terutamanya kerana kawasan kejiranan ini mempunyai pos pengawal yang dikawal manusia dan berpagar. Selain daripada itu, Sally teruja betul sebab sekarang susah nak jumpa ruangan peribadi seperti bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik mandi dalam bilik.



Kemudahan gaya hidup yang komprehensif

Untuk riadah, terdapat d’Tempat Country Club, rumah kelab berorientasikan keluarga terbesar & X Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di NS dengan 34 ekar tarikan menarik, ruang acara & kemudahan sukan lasak.


Selain dari lot kediaman, Bayu Biz, pusat komersial terbaru dalam pembangunan Bayu Sutera terletak agak strategik di antara jalan-jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan kawasan sekitarnya, Bayu Biz akan menjadi pusat utama untuk perniagaan, membeli-belah, dan aktiviti sosial dalam komuniti. Hab komersil seperti Sendayan Metropark, Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square juga berhampiran dengan kawasan kejiranan.


Kawasan ini juga mudah akses bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kerana berdekatan dengan banyak pilihan sekolah yang ada di kawasan berdekatan antaranya seperti SK Sendayan, SMK (Felda) Seri Sendayan, SMK Bandar Enstek, SJK (C) Tung Hua S2 Heights, SJK (T) Bandar Sri Sendayan, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan.


Kawasan berdekatan juga mempunyai Sekolah Global Matrix yang dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara. Ianya terdiri daripada Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School.

Miliki kediaman dan PERCUMA pakej umrah untuk dua orang


Kempen ini bermula daripada 20 Mei – 20 Ogos 2024. Antara projek yang terlibat di dalam kempen ini ialah Bayu Sutera 3a (Izara II) dan 4a3 (Elonia III), dan ianya terhad kepada lot Bumiputera sahaja. Setiap unit yang dibeli layak mendapat 2 Baucar Tunai Umrah bernilai RM8,000 setiap satu.

Izara II @ Bayu Sutera
- Hartanah pegangan bebas
- Rumah teres dua tingkat
- Saiz lot 20’ x 70’ (pertengahan)
- Binaan 2,315 kaki persegi (pertengahan)
- 4 bilik tidur & 4 bilik mandi
- Hanya 171 unit
- Kawasan berpagar yang selamat dengan pagar keselamatan tinggi dan pos pengawal

Elonia III @ Bayu Sutera
-Hartanah pegangan bebas
-Rumah teres dua tingkat
-Saiz lot 20’ x 70’ (pertengahan)
-Binaan 2,315 kaki persegi (pertengahan)
-4 bilik tidur & 4 bilik mandi
-Hanya 38 unit
-Kawasan berpagar yang selamat dengan pagar keselamatan tinggi dan pos pengawal

Untuk maklumat lanjut mengenai Bayu Sutera, klik: umrahbersama.bayusutera.com/4
#BayuSutera #IzaraII #EloniaIII #JomUmrah #DreamHome #SmartLiving #UmrahPackage

Post a Comment

10 Comments

  1. Rezeki buat pembeli rumah, dapat rumah dapat tunai Umrah kann ..

    ReplyDelete
  2. Berbaloi betul beli rumah dapat pakej umrah lengkap camnie kan

    ReplyDelete
  3. memang jadi Impian semua umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman macam ni then dalam masa yang sama dapat tunaikan umrah secara percuma. Kalau ada rezeki, memang teringin sangat nak beli.

    ReplyDelete
  4. Untung kalau sapa yang dapat beli masa tengah promosi macam nie kan Sally..

    ReplyDelete
  5. Bertuah betholll siapa beli rumah kat sini. Dapat tunaikan 2 impian sekaligus. Rumah + umrah 😍

    ReplyDelete
  6. Menariklah offer nie . Rumah dia pun cantik sangat .

    ReplyDelete
  7. Terujalah dengan kempen yang ditawarkan tu. mmg berbaloi siapa dapat grab.Rezeki!

    ReplyDelete
  8. menarik sangat hadiah yang di tawarkan oleh pihak pemaju ni, kemudahan asas di komuniti perumahan pun dah sedia ada semuanya

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!