Real California Milk Tonjolkan Kepelbagaian Keju Asli Daripada California.

Sebut sahaja pasal keju, rata-rata rakyat Malaysia memang menggemarinya. Kalau tanya Sally, mestilah Sally pun teruja, lagi-lagi bila dapat merasai sendiri pelbagai jenis keju yang diperbuat daripada susu lembu asli California dalam Cheese Mania Showcase yang dihoskan oleh Real California Milk, di Double Tree Hotel The Intermark Kuala Lumpur. Mana tak nya, sepanjang pameran ini kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan keju yang menyelerakan.


Sally teruja betul sebab dapat teroka pelbagai keju hasil daripada susu lembu asli California, daripada keju komoditi sehingga keju artisan. Antara pilihan produk keju California adalah dari jenama seperti Food for Friends, Fiscalini, Sierra Nevada dan Point Reyes, yang sesuai untuk kepelbagaian rasa dalam masakan kita.



Keju Real California Milk diperbuat daripada susu berkualiti tinggi, diperoleh daripada lembu yang diternak dalam keadaan cuaca yang bagus, diet (diberi makan bijirin), air dan senaman yang baik. California ialah negeri pengeluar tenusu paling popular di Amerika Syarikat. Semua kilang tenusu menjalani pemeriksaan USDA yang ketat untuk memastikan semua SOP mematuhi peraturan kerajaan yang ketat dengan standard keselamatan makanan yang tinggi. Jangan terkejut tau, Keju Real California Milk telah memenangi 31 Anugerah pada Mesyuarat Persatuan Keju Amerika baru-baru ini. Hebat kan!


Berbalik kepada event, sampai sahaja kami dah dihidangkan dengan special welcome drink "KL Fog Mocktail dengan CC Foam". Itu pun rasa dah nak mengalir airmata sebab lembut rasa buih cheese tu masuk dalam mulut.

Excited sebab ada penampilan Chef Barbara dari California, yang memperkenalkan kami dengan 5 hidangan mewah dengan demo ringkas, yang semuanya disajikan dengan pelbagai jenis keju Real California Milk.

Hidangan dimulakan dengan Arancini Crab Fried Rice with Spicy Mango Sauce, kemudian Everything but the Bagel Cheesy Potato Blintz with Fresh Herb Salad, The original California x Rendang Lasagne, Petite Wedge Salad with Blue Cheese dan disudahi dengan 2 jenis pencuci mulut, Thai Tea Toasted Coconut & Mango Canoli dan Cherry Cheesecake Brownies Mignardise.

Arancini Crab Fried Rice with Spicy Mango Sauce

Everything but the Bagel Cheesy Potato Blintz with Fresh Herb Salad, The original California x Rendang Lasagne, Petite Wedge Salad with Blue Cheese

Thai Tea Toasted Coconut & Mango Canoli dan Cherry Cheesecake Brownies Mignardise

Tak cukup dengan hidangan itu sahaja, kami juga diberikan kesempatan untuk merasai keju secara terus antaranya Cheddar Sharp, Monterey Jack, Creamy Jalapeno Jack, Smokehouse Jack, Truffle Toma dan Blue Cheese. Kualiti dan perisa unik setiap keju ini membuatkan kita sedar dengan kualiti pada setiap satunya.


Tidak, tidak terhenti disitu, kami diberikan sebuah challenge untuk mendekorasi charcuterie board mengikut kreativiti kami menggunakan keju-keju ini. Selepas itu kami memuat naik gambar charcuterie board ciptaan untuk diadili.

Lima pemenang bertuah dipilih dan dianugerahkan Papan Keju Edisi Terhad sebagai hadiah. Bagi tidak menghampakan, Chef Barbara secara peribadi memilih tiga lagi pemenang kreatif daripada peraduan DIY Cheese Board. Walaupun Sally tidak berpeluang menang, tapi masa sesi soal jawab Sally dah dapat jawab soalan berkaitan dengan hidangan, pun dah puas hati!


Pameran Cheese Mania ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian dan perisa keju Real California Milk tetapi turut mendidik dan menekankan kepentingan keju asli dalam diet serta gaya hidup yang seimbang. Acara ini membuktikan kualiti dan daya tarikan keju Real California Milk, menawarkan alternatif yang sihat dan lazat untuk penggemar masakan dan pengguna yang mementingkan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai keju Real California Milk, boleh layari www.realcaliforniamilk.com

#RealCaliforniaMilkMY #RealCaliforniaMilk #RealCaliforniaCheese

Post a Comment

0 Comments