Lama rasanya Sally tak berkesempatan untuk melayan bufet, mana tak nya, kebelakangan ini memang sangat la sibuk jadinya minggu lepas Sally pergi la bufet hujung minggu di Melting Pot Cafe, Concorde Kuala Lumpur. Menu bufet serba baharu mereka memang lazat dan semestinya hadir dengan pelbagai menu masakan yang istimewa.
Concorde Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan bufet yang menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk kali ini Sally memilih Bufet Makan Malam yang tersedia pada setiap hari Jumaat & Sabtu.
Kepada peminat makanan laut yang segar, dekat bufet makan malam mereka ada pelbagai makanan laut yang menakjubkan seperti tiram, udang harimau dan kupang dan makanan laut lain yang dihidangkan sejuk di atas ais.
Bukan sekadar makanan laut, di bahagian Teppan BBQ, mereka menyajikan stik yang lazat, kambing yang lembut dan ikan bakar, terus di hadapan mata. Jangan ketinggalan untuk menikmati sushi, maki dan sashimi yang segar. Sally tak boleh berhenti makan sashimi tuna dia, sedap betul, langsung tak berbau hanyir dan segar!!
Menu-menu berat seperti Nasi Ayam Hainan, Rendang Tok, sambal udang, mi goreng, kari ikan India, biryani ayam atau kambing, udang masala dan banyak lagi ada tersedia secara berganti mengikut hari. Jangan lupa cuba tau Tom Yam Putih, rasa dia autentik masakan Thai dan menu lain seperti salad stik daging lembu panggang, salad mi kaca dengan udang, nasi udang, kari daging massaman dan kari hijau, terus rasa macam ada dekat Thailand.
Dekat bahagian special carving, ada roasted lamb leg, golden salmon filo pastry, penne seafood aglio olio, pan-fried lamb shoulder, mini chicken chop with garlic brown jus dan macam-macam lagi, pendek kata kalau korang suka dengan menu masakan barat, memang menu-menu yang tersedia dekat bufet Melting Pot Cafe ini akan membuatkan kita rambang mata.
Oh!! Please jangan makan kenyang sangat sebab korang kena bagi ruang untuk semua jenis pencuci mulut yang ada!! Desserts Perancis macam chocolate éclair, mixed fruit pavlova, ivory raspberry verinne, dan strawberry kiwi panna cotta. Sally paling tak boleh move on dengan Carrot Cake dia, sedap gila dan yang penting sekali chef buat semua desserts kurang manis supaya sesuai untuk semua peringkat umur.
Untuk menu manisan tempatan, boleh cuba aneka kuih Nyonya, tart telur Portugis klasik, pengat pisang, bubur kacang dan lain-lain. Sally yakin yang korang takkan boleh stop makan sebab semua manisan dia comel dan yang penting sekali sedap gila yaaa!!
HARGA BUFET:
Dewasa - RM142.80 bersih seorang (selepas diskaun 15% daripada harga biasa RM168.00 bersih). Kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun - RM84.00 bersih (selepas diskaun 50%).
** Harga berbeza pada musim perayaan seperti Krismas dan Tahun Baru.
** Kalau ada rancangan untuk anjurkan sambutan hari jadi, boleh buat tempahan sehingga 20 tetamu dan nikmati kek hari jadi percuma bersama belon.
Sepanjang malam, kita juga bakap disajikan dengan persembahan secara langsung oleh Begema 5 Band.
Untuk tempahan, sila hubungi 03-2717 2233 dan 012-399 0734.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!