Suria FM dengan bangganya mengumumkan Jelajah Suria kini kembali dengan konsep baharu yang lebih bertenaga, 'Jelajah Suria Kuasa 2', hasil gabungan kerjasama bersama Yaya Empire. Jelajah kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan dan bakal menjelajah ke empat lokasi utama di seluruh negara seperti di Penang, Johor, Nilai, dan Kelantan. Acara ini akan berlangsung selama dua hari di setiap lokasi, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Lokasi dan Tarikh Jelajah Suria Kuasa 2:
Mydin Bukit Mertajam, Penang: 7 & 8 September 2024 (Sabtu & Ahad)
Plaza Angsana, Johor Bahru: 21 & 22 September 2024 (Sabtu & Ahad)
AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan: 28 & 29 September 2024 (Sabtu & Ahad)
AEON Kota Bharu, Kelantan: 11 & 12 Oktober 2024 (Jumaat & Sabtu)
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang jelajah antaranya pertandingan KiraOke Suria, hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM 36,000, dan Konsert Jelajah Suria Kuasa 2 yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Kristal X, Zamani Slam, Haqiem Rusly, Ara Johari, Ernie Zakri, Amir Masdi & The Band, Aina Abdul, Nabila Razali, Black Hanifah, Ameng Spring, Masdo, Aisha Retno, Ruffedge, Ezad Lazim, Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan ramai lagi!
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Suria FM sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia menerusi Jelajah Suria Kuasa 2.
"Kami sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia dengan memberikan sentuhan segar yang menarik menerusi gabungan kerjasama Suria FM bersama Yaya Empire di Jelajah Suria Kuasa 2. Selain berhibur bersama barisan artis popular tanah air dan pelbagai aktiviti pentas yang boleh dimenangi, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Dato Fizz Fairuz, Suraya, Cik Piah, Rara, Chiwan, Kai Hassan dan DJ Lin.
Lebih menarik, pengunjung berpeluang menangi sebahagian RM 24,000 menerusi KiraOke Suria di Jelajah dengan hanya rakamkan video nyanyian berdurasi 1 minit daripada senarai lagu yang diberikan. Muat naik video anda di media sosial berserta hashtag #KiraOkeSuriaPenang, #KiraOkeSuriaJB, atau #KiraOkeSuriaNilai. Pilih satu lokasi sahaja untuk penyertaan dan jangan lupa tag Suria di Instagram (@suriamalaysia), Facebook (@SuriaFM), dan TikTok (@suriamalaysia). Pastikan akaun media sosial anda perlu berada dalam mod ‘public’ dan penyertaan yang terpilih akan dihubungi oleh kami! Jadi tunggu apa lagi? Jom datang beramai-ramai dan rasai kemeriahkan Jelajah Suria Kuasa 2!”, ujarnya.
Menyentuh mengenai kolaborasi ini, Puan Nadia Binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Empire, berkata, "Kami sangat teruja untuk berkolaborasi bersama Suria FM buat pertama kali dalam Jelajah Suria Kuasa 2 ini. Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan meriahkan Jelajah di setiap lokasi kerana kami akan membawa 580 jenis bauan, termasuk edisi terbaru kami, ‘Bear Edition’! Jom datang berhibur dan singgah ke booth Yaya Empire."
Maklumat lanjut, layari laman sesawang www.suria.my

0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!