J&T Express Raikan Ulangtahun Ke-6 Dengan Menganjurkan Bazar.

HAPPY 6TH BIRTHDAY J&T EXPRESS MALAYSIA!


Penyedia perkhidmatan logistik global terkemuka negara, J&T Express Malaysia baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-6 mereka dan menganjurkan bazar di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. Acara ini, sebahagian daripada kempen #KasiJadi J&T Express turut dirasmikan oleh Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Menteri Perhubungan. Lebih 10,000 rakyat Malaysia berkumpul untuk meraikan dan menyokong usahawan tempatan dan vendor.


Bazar yang berlansung selamat dua hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, persembahan secara langsung dan peluang-peluang baru dalam perjalanan J&T Express bersama dengan industri e-dagang dan logistik.


Berpegang kepada falsafah perkhidmatan mereka iaitu "Pantas, Boleh Dipercayai, Inovatif", #KasiJadi dipilih sebagai lambang peluang yang diwujudkan melalui J&T Express Malaysia seperti menyediakan platform untuk vendor dan pemain logistik untuk memberikan pendedahan kepada perniagaan mereka.

Pada tahun 2022, J&T Express Malaysia telah melabur RM600 juta dalam pusat logistik baharu di Bandar Rimbayu, dan secara rasmi disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada Oktober 2023. Baru-baru ini, J&T Express Malaysia bekerjasama dengan UOB Malaysia dan Fass Payment Solutions (Fasspay) untuk menawarkan penyelesaian pembayaran secara debit untuk pelanggan.


Pada hari yang sama, J&T Express Malaysia turut mencatatkan nama dalam buku rekod dengan "Replika Kotak Kurier Kembung Terbesar" di Malaysia! Dengan ukuran penanda aras tinggi sebanyak 4.8 meter, diameter sebanyak 4.8 meter dan panjang sebanyak 3.6 meter!


Untuk maklumat lanjut mengenai J&T Express Malaysia dan kempen #KasiJadi, sila layari https://jtexpress.my/, Facebook dan Instagram (@jtexpressmy).

Post a Comment

1 Comments

  1. Cepat betul masa berlalu. Dah 6 tahun J&T berkhidmat di Malaysia.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!