Asam Pedas, Nasi Ayam Chiang Mai...Menu Wajib Cuba di DS Cafe KL, Desa Pandan.

Walaupun tempat kerja Sally ada Coffee House, tapi kalau dah dekat 2 tahun bekerja makan menu yang sama pun boleh jadi bosan. Mencari tempat makan tengahari memang kadang menjadi masalah, mana tak nya, masa lunch hanya sejam, kalau pergi jauh nanti tak sempat makan dah kena balik.


Bila dapat tahu ada kafe baru dibuka, tak sampai 2 km daripada tempat kerja Sally, memang terus terjah la kan! DS Cafe KL, mula dibuka pada bulan Julai 2024, kafe ini dimiliki oleh Datin Sri Nora dan turut sama diuruskan oleh anak beliau Izzroy dan isteri nya, Alisha. Dengar kata idea tercetusnya kafe ini sebab pemilik dia, Datin Sri Nora suka sangat memasak dan menjamu kawan-kawan serta sanak saudara beliau dengan masakan air tangan beliau sendiri.

Walaupun kafe ini bersaiz mini yang hanya boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa, tapi sentuhan dekorasi Inggeris menjadikan kafe ini selesa. DS Cafe KL menghidangkan juadah masakan Melayu seperti Asam pedas, Nasi Lemak, Sambal Bilis, Ayam Goreng, Masak Lemak Cili Api, Lontong dan lain-lain lagi. Kepada peminat Asam Pedas, kena datang dan cuba menu Asam Pedas resipi Datin Sri Nora sendiri. Rasanya yang pedas dan masam-masam manis, digabungkan dengan kesegaran ikan yang dibeli setiap hari dan tiada penambah perisa dalam masakan. Gabung dengan nasi putih panas-panas, ulam-ulaman, fuhhh memang syahdu~



Kalau korang peminat Nasi Lemak, kena cuba Nasi Lemak dekat sini sebab Nasi Lemak biasa DS Café KL yang didatangkan dengan 2 jenis sambal iaitu sambal biasa dan sambal ikan bilis, itupun dengan harga hanya RM4.90 tau! Kalau nak tambah Ayam Goreng, Sambal Sotong dan Sambal Udang pun boleh.


Selain daripada masakan Melayu, menu istimewa yang turut menjadi signature food di DS Cafe KL ialah Nasi Ayam Chiang Mai yang merupakan air tangan Alisha, menantu Datin Sri Nora yang berasal dari Chiang Mai, Thailand. Keenakan Nasi Ayam Chiang Mai, resipi asli diwarisi daripada ibu Alisha adalah pada ayam bakar yang diperap khas dengan santan dan bahan-bahan terpilih serta sambal istimewa yang dibuat menggunakan taucu, cili api, akar ketumbar dan bahan lain.


Secara peribadi Sally memang suka dengan Nasi Ayam Chiang Mai, perapan daripada ayam tu memang sedap dan menaikkan lagi rasa bila dimakan dengan sambal istimewa dan nasi ayam yang dimasak sempurna. Nak melengkapi pengalaman seperti makan di Thailand, jangan lupa order juga Thai Tea, Thai Green Tea, Thai Tea Limau dan Thai Pink Milk. Memang padu habis!!

Untuk minum petang, ada cekodok pisang, pisang goreng, cucur bawang, popiah, karipap dan kuih kasturi. Terlewat untuk solat? Jangan risau sebab dekat DS Café KL turut disediakan ruangan solat yang selesa.

DS Café KL juga menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan untuk tujuan Infaq, katering dan lain-lain. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 016-3376594 atau 011-11396629. Boleh juga follow mereka:-
Instagram: https://www.instagram.com/dscafekl/
TikTok: https://www.tiktok.com/@dscafekl

Post a Comment

0 Comments