Eka Heights, Bukan Sekadar Kediaman.

Bayangkan kediaman impian kita dikelilingi keindahan alam semula jadi yang menghijau serta pemandangan tasik yang menenangkan, ditambah lagi ianya terletak berdekatan dengan Taman Mageka dengan landskap yang unik, diserikan dengan sebuah tasik mengelilingi persekitaran semulajadi, trek joging serta pelbagai fasiliti yang menyokong kehidupan ke arah gaya hidup yang sihat.

Selamat datang ke Eka Heights!

Projek pembangunan yang eksklusif oleh Matrix Concepts bukan sekadar sebuah kawasan kediaman tetapi menerapkan ketenangan, kehidupan yang moden dan pelbagai kemudahan yang menjadikannya tempat yang sesuai untuk membina sebuah keluarga.

Mengenai Eka Heights

Merangkumi lebih 371 ekar hartanah utama di kawasan barat Seremban dan menjadikan Eka Heights pembangunan di antara projek Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV), untuk mengembangkan Greater Kuala Lumpur area.

Eka Heights telah membuktikan daya tarikannya dengan kejayaan pelancaran Presint 3 dan Presint 10, Projek perumahan ini menjadi tarikan kerana sangat hampir dengan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan penduduk.

Ciri-ciri Utama Eka Heights
  • Terdiri daripada 371.79 ekar tanah yang dibangunkan dengan teliti
  • 3,620 unit kediaman yang menawarkan pelbagai susun atur, memastikan ianya sesuai dengan gaya hidup dan saiz keluarga.
  • 25 unit komersial membawa kemudahan terus ke depan pintu anda dengan perkhidmatan penting dan runcit.
  • Taman Mageka seluas 15.5 ekar, serta pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai, rekreasi, dan perihal kemasyarakatan.
  • Pagar keliling dan Pondok Rukun Tetangga yang diletakkan secara strategik kerana keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights.
Kawasan Hijau: Taman Mageka – Alam Semulajadi Yang Mengagumkan.

Di tengah-tengah Eka Heights terletak Taman Mageka, sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka khas bagi untuk aktiviti kemasyarakatan. Taman Mageka bukan hanya sekadar sebuah taman tetapi sebuah kawasan untuk berehat, bermain dan menjalankan aktiviti gaya hidup yang lain.

Taman ini mempunyai:
  • Tasik seluas 8 ekar, sesuai untuk evening walk atau berkelah di tepi tasik.
  • Lengkap dengan fasiliti seperti tempat permainan kanak-kanak, Hammock Swing, Pebbles Seating, stesen gim, gelanggang bola keranjang dan pelbagai lagi.
  • The Sundial Plaza, sempurna untuk perjumpaan bersama keluarga atau rakan-rakan
  • Kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup aktif, seperti berbasikal, joging

FERRA & MEORA, Kediaman Sempurna Untuk Sebuah Keluarga

Di Eka Heights, kediaman bukan sekadar tempat untuk berteduh tetapi ianya melengkapkan gaya hidup. Kediaman yang semestinya moden, selesa dengan kawasan kejiranan yang selamat. Menambah lagi kepada tahap keselamatan, setiap unit dibina dengan ciri rumah pintar (Smart Home) seperti kunci digital, mencerminkan inovasi dan keselesaan.

Kedua-dua projek perumahan ini hampir dengan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan penduduk, contohnya d’Tempat Country Club serta X-Park Sendayan yang merupakan tempat aktiviti terbesar di Negeri Sembilan, berkeluasan 34 ekar yang menawarkan tarikan menarik untuk aktiviti bersama keluarga & rakan seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat permainan golf, Sepang International Circuit serta Nilai Spring Golf & Country Club.

Hab pendidikan menawarkan pelbagai pilihan sekolah antaranya seperti SK Sendayan, SMK (Felda) Seri Sendayan, SMK Bandar Enstek, SJK (C) Tung Hua S2 Heights, SJK (T) Bandar Sri Sendayan, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Sekolah Global Matrix yang dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara turut berada berhampiran. Ianya terdiri daripada Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School.

FERRA - Lambang Kehidupan Kontemporari
*Loan daripada RM476,999


• Customizable Homes
• Open Layout
• Sistem Rumah Pintar
• Clubhouse Membership

20’ x 70’ / 2,142 kaki persegi / 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Mandi

FERRA berkonsepkan open layout, direka supaya kediaman lebih selesa dan rasa lapang kerana mendapat pencahayaan secara semulajadi dan juga pengudaraan yang baik. FERRA merupakan kediaman teres dua tingkat.

MEORA – Kehidupan Moden Disamping Alam
*Loan daripada RM574,999


• Pegangan Bebas
• Spacious & Functional Design
• Sistem Rumah Pintar
• Kemudahan Ekslusif Komuniti

22’ x 70’ / 2,245 kaki persegi / 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Mandi

Terletak di sebuah perbandaran seluas 371 ekar oleh Matrix Concepts, MEORA menggabungkan alam semula jadi, kehidupan moden dan kemudahan, sesuai untuk keluarga dan pelabur.

Tempah sekarang di

www.ekaheights.com, hubungi 1800 88 2688 atau WhatsApp https://wa.link/ghtaxx untuk mendapatkan kediaman impian!


Post a Comment

0 Comments