Kanser payudara adalah jenis kanser yang paling kerap dihidapi wanita di Malaysia, merangkumi 32% daripada semua kes kanser yang dikesan dalam kalangan wanita. Risiko kanser payudara meningkat dengan usia, dengan insiden lebih tinggi dalam kalangan individu berusia lebih daripada 50 tahun. Malangnya, banyak kes didiagnosis lewat, di mana hampir separuh daripada kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan menjadi terhad dan peluang untuk terus hidup berkurang. telah membuka mata ramai pihak tentang pentingnya wanita buat pengesanan awal untuk diri sendiri ❤️
Dirasmikan dan dilancarkan di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), jenama mentega kacang semula jadi yang terkenal, JOBBIE, mengumumkan kerjasamanya dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan istimewa bertajuk “Pink Wobbly Breast Odyssey”.
Dalam majlis pelancaran kempen tersebut, JOBBIE memperkenalkan 5,000 botol mentega kacang edisi terhad berwarna merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”. Setiap balang memaparkan maklumat tentang kesedaran kanser payudara melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang terjejas oleh penyakit ini.
Istimewanya, untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan didermakan kepada MAKNA bagi menyokong program kesihatan payudara, menyediakan sumber dan penjagaan bagi mereka yang terkesan dengan kanser payudara.
Turut sama hadir Timbalan Pengurus Besar MAKNA, Encik Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi, dan dimeriahkan dengan lebih 100 tetamu, termasuk orang awam, VIP, rakan kerjasama, media, dan pempengaruh media sosial.
Bercerita tentang nama kempen ini, “Pink Wobbly Breast Odyssey”, melambangkan dua elemen penting dalam perjalanan menghadapi kanser. Perkataan “Wobbly” melambangkan kerentanan yang dihadapi oleh individu ketika melawan kanser payudara, manakala “Odyssey” menggambarkan perjalanan unik dan keberanian setiap orang yang menghadapinya. Ini selari dengan falsafah JOBBIE yang menyebarkan keceriaan dan menggalakkan kualiti serta gaya hidup yang lebih baik.
Sepanjang majlis, pelbagai aktiviti telah dirangka dan memberikan peluang kepada yang hadir untuk memhami lebih lanjut tentang kanser payudara. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi yoga yang menekankan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser, pameran Wobbly Breast Hall of Fame memperkenalkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobbly Breast. Tidak terhenti disitu, semua peserta juga disajikan dengan pelbagai stesen pengalaman menarik, termasuk mencipta karya seni sendiri dan menjalani pemeriksaan kanser payudara percuma yang ditaja oleh Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2).
Majlis pelancaran kempen ini turut menampilkan pakar kesihatan dan seorang "kanser survivor" untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser. Dr. Haliza Kamarudin, seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), bercakap mengenai kesejahteraan wanita dan menekankan kepentingan pemeriksaan awal seperti mamogram dan pemeriksaan sendiri pada pelbagai peringkat usia.
Kata beliau, perubahan hormon, menopaus, dan kanser payudara antara penyakit yang paling menonjol kepada wanita namun yang paling penting adalah untuk wanita kekal maklum mengenai kesihatan payudara, memantau risiko serta perubahan pada badan, dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pemeriksaan berkala dan pengesanan awal adalah kunci dalam mencegah kanser payudara atau mengambil langkah menguruskannya pada peringkat awal.
Sally memang teruja dapat mendengar perkongsian tentang bahaya kanser payudara dan bagaimana kita mampu mencegah dengan membuat pengesanan awal. Walaupun pencegahan tidak menjanjikan kita tidak akan serang kanser, namun dengan pengesanan awal mampu memberikan sinar baharu dapat kehidupan kita.
Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif “Pink Wobbly Breast Odyssey” dari Jobbie, boleh layari www.jobbienutbutter.com.
Give yourself a reason to be the best version of yourself 💞💞
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!