Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Concepts Holdings.

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix merupakan sebuah kempen jualan yang akan bermula pada 11 November 2024, yang mensasarkan hartanah eksklusif yang direka bagi menawarkan pembeli Bumiputera pilihan hartanah bertanah dan komersial yang terpilih.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada hartanah di lokasi utama dengan pelbagai julat harga, memudahkan pembeli Bumiputera mencari rumah atau pelaburan ideal dengan faedah eksklusif.


Eka Heights merangkumi lebih 371 ekar hartanah utama di kawasan barat Seremban dan menjadikannya antara pembangunan projek Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV), untuk mengembangkan Greater Kuala Lumpur area.


Di tengah-tengah Eka Heights terletaknya Taman Mageka, sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka khas bagi untuk aktiviti kemasyarakatan. Taman Mageka bukan hanya sekadar sebuah taman tetapi sebuah kawasan untuk berehat, bermain dan menjalankan aktiviti gaya hidup yang lain.


Taman ini mempunyai:
  • Tasik seluas 8 ekar, sesuai untuk evening walk atau berkelah di tepi tasik.
  • Lengkap dengan fasiliti seperti tempat permainan kanak-kanak, Hammock Swing, Pebbles Seating, stesen gim, gelanggang bola keranjang dan pelbagai lagi.
  • The Sundial Plaza, sempurna untuk perjumpaan bersama keluarga atau rakan-rakan
  • Kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup aktif seperti berbasikal, joging

Sally berkesempatan untuk menjengah galeri jualan untuk projek Eka Heights, antara hartanah yang menjadi pilihan dalam kempen ini. Eka Heights menawarkan projek seperti Ferra, Lumira, Lumina dan Meora, tetapi Sally lebih berminat dengan projek Ferra yang kini memasuki ke fasa kedua pembinaan (8A & 8B).


Berbalik kepada Ferra, kediaman teres dua tingkat berkeluasan 20 x 70 // 2,142 kps, projek ini bercirikan Rumah Pintar, dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi pastinya menjadi kediaman ideal untuk setiap generasi.



Ferra istimewa kerana berkonsepkan reka bentuk luas dan kondusif supaya kediaman lebih selesa dan rasa lapang kerana mendapat pencahayaan secara semulajadi dan juga pengudaraan yang baik serta mempunyai kemudahan komuniti yang ekslusif.

KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA

Antara sorotan utama Kempen Hartanah Bumiputera ini ialah:

1. Pembeli boleh jimat hingga RM150,000 untuk hartanah terpilih.

2. Ansuran bulanan yang rendah – bermula serendah RM 2,083* sebulan, menjadikan pemilikan rumah lebih mampu milik.

3. Pilihan pembiayaan penuh – pembiayaan hingga 100% - 110%, mengurangkan kos deposit untuk pembeli.

4. Kadar faedah rendah ditawarkan oleh beberapa bank seperti Ambank, Bank Islam, dan Hong Leong Bank dengan kadar serendah 3.8%, bergantung kepada profil kewangan pelanggan. Bank lain juga turut menawarkan kadar yang kompetitif.

5. Insentif eksklusif seperti perkhidmatan jalur lebar percuma, rumah dilengkapi sistem rumah pintar, dan keahlian percuma di d’Tempat Country Club (5 tahun / terma).

6. Kos pemilikan rumah rendah – pembeli boleh memiliki rumah dengan kos permulaan hanya RM300 (dengan dokumentasi lengkap).

Menarik kan? Jadi kepada mereka yang mencari kediaman di Bandar Sri Sendayan, Sally sarankan untuk merebut peluang untuk mendapatkan hartanah pilihan melalui Kempen Hartanah Bumiputera. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang https://hartanahbumimatrix.com/

Post a Comment

1 Comments

  1. Rawlins suka betul la floor plan moden, ruang yang luas dan kemudahan yang lengkap

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!