Butter Kaya – Restoran Yang Membawa Vibes Kopitiam Klasik Dengan Sentuhan Moden.

Lama betul Sally tak pergi food hunting, tapi minggu lepas, masa tengah cari kasut untuk kerja, Sally baru je jumpa restoran baru yang super comel di MyTown! Butter Kaya – tempat yang membawa vibes kopitiam klasik dengan sentuhan moden dan bahan-bahan lokal. 🍽️✨


Lokasi restoran ni sangat la strategik dalam MyTown tu sebab berhampiran dengan pintu masuk IKEA, kira kalau lalu memang akan nampak. Butter Kaya ada 4 outlet dan MyTown merupakan outlet ketiga, outlet terbaru ada di Setapak, siap ada menu Nasi Hujan Panas dan menu asli Indonesia yang special sebab isteri chef pun seorang chef yg berdarah Jawa. Kalau korang nak tau, Chef Irwan memang berpengalaman dalam dunia kulinari sejak 1983 lagi.


Antara menu menarik dan unik, Dry Noodle Nasi Lemak dan Signature Mi Kari Ayam, bayangkan mi dia pun dibuat sendiri tau, simple tapi sedap! Kombinasi dia tak rasa pelik cuma agak sedikit heavy kalau kita makan masa tengah kenyang. Kalau nak makan Nasi Lemak pun ada je.


Selain daripada menu-menu kopitiam, dekat sini pun ada Omurice, makanan yang terkenal di Jepun. Sally sempat cuba Omurice Blackpepper Beef dan Omurice Creamy Kam Heong Chicken. Walaupun menu ini agak terkenal sebagai menu Jepun, tapi dengan sedikit twist, tetap ada gabungan menu Malaysia untuk mengekalkan tema kopitiam tu.

Signature Chicken Curry Mee

Menu signature mereka macam Roti John Spicy Korean Chicken dan Roti John Satay Lemak Crossover merupakan antara menu yang wajib cuba. Nampak taburan muruku tu? Haaaa...lain daripada yang lain kan? Tak main la Nachos sekarang, kita tabur muruku je. Makan masa panas-panas memang sedap yakmat!

Rojak Jumbo Rolls & Chicken Satay

Boleh cuba juga Rojak Jumbo Rolls, Chicken Satay kalau nak makan menu yang ringan sikit tapi jangan lupa Pandan Kaya Lava Bun, Apam Balik Lava Bun, Pandan Gula Melaka Onde-Onde Cake yang manis tu! Sally suka sangat Apam Balik Lava Bun, roti dia lembut dan segala condiment Apam Balik tu pun secukupnya ada 🤤

 


Di masa hadapan, Butter Kaya mencari peluang untuk membuka lebih banyak outlet termasuklah di Shah Alam, Genting Highlands dan Kelana Jaya. Jadi kalau korang nak cuba kopitiam berkonsepkan moden, dgn menu pelbagai, boleh terjah Butter Kaya di MyTown ✨


BUTTER KAYA KOPITIAM
LOT L1-043A, MyTOWN Shopping Centre

Post a Comment

0 Comments