Kali ini Sally cari penginapan yang selesa dan berpatutan di tengah-tengah Kuala Lumpur, jadi Sally memilih Hotel SILKA, Cheras. Terletak di kawasan strategik dengan akses mudah ke pusat bandar, hotel ini menawarkan pengalaman menginap yang selesa dengan pelbagai kemudahan.
Lokasi yang Strategik
Hotel SILKA terletak di Taman Connaught, Cheras, bersebelahan dengan pusat beli-belah Cheras Sentral. Lokasinya yang berhampiran dengan stesen MRT Taman Connaught memudahkan perjalanan ke pusat bandar tanpa perlu risau tentang kesesakan lalu lintas. Selain itu, hotel ini juga mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Sungai Besi Expressway (BESRAYA) dan Middle Ring Road 2 (MRR2). Selain daripada terletak tidak terlalu jauh daripada rumah, Sally boleh pilih sama ada nak memandu atau naik MRT.
Bilik yang Selesa dan Kemudahan Lengkap
Untuk penginapan kali ini, Sally memilih bilik DELUXE WITH WINDOW. Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik hotel, suasana yang moden dan kemas memang memberikan keselesaan, memang sesuai sangat untuk bertenang di hujung minggu! Ruangan pun luas, jadi nak solat pun memang selesa.
Setiap bilik dilengkapi dengan:
✔ Katil empuk yang selesa
✔ Televisyen skrin rata dengan saluran satelit
✔ Wi-Fi percuma
✔ Bilik air moden dengan pancuran air panas
✔ Peti keselamatan dan kemudahan membuat kopi/teh
Bilik Sally menghadap ke jalan raya dan juga MRT, sambil-sambil tu boleh la layan hiruk pikuk dunia luar. Kalau hujan, siap rasa boleh buat video ala-ala jiwa galau sambil hirup kopi tepi tingkap haha.
Selain daripada bilik macam bilik Sally, hotel ini juga mempunyai beberapa jenis bilik lain yang sesuai untuk semua peringkat umur. Macam Superior Room (Double/Twin Bed), Deluxe Supreme (King Size & Single Bed), Silka Suite (ada walk-in rainforest shower with an open bath) dan Family Room. Pendek kata tak kisahlah bilik mana yang dipilih, memang selesa dan luas pada Sally.
Walaupun dekat hotel ini ada banyak bilik, tapi kebersihan bilik sangat memuaskan, dengan staf housekeeping yang cekap memastikan keselesaan pengunjung sepanjang penginapan. Kira kasi 5 bintang la untuk semua staf daripada yang jaga kaunter, yang serve makanan sampai la staf housekeeping tu.
SILKA Suite |
Walaupun dekat hotel ini ada banyak bilik, tapi kebersihan bilik sangat memuaskan, dengan staf housekeeping yang cekap memastikan keselesaan pengunjung sepanjang penginapan. Kira kasi 5 bintang la untuk semua staf daripada yang jaga kaunter, yang serve makanan sampai la staf housekeeping tu.
Kemudahan Hotel yang Menarik
Selain bilik yang selesa, Hotel SILKA juga menawarkan kemudahan lain seperti:
✔ Restoran – Menyediakan hidangan tempatan dan antarabangsa
✔ Bilik mesyuarat – Sesuai untuk acara korporat atau seminar kecil
✔ Ruang parkir percuma – Memudahkan tetamu yang datang dengan kenderaan sendiri (boleh validate sebelum keluar)
Makanan & Pilihan Tempat Makan Berdekatan
Selain daripada bilik yang selesa, Silka juga ada in-house cafe, Curvz Cafe yang menyediakan pelbagai menu daripada lokal sampai la Western. Korang kena cuba burger dorang yang besar tuuu! Boleh makan 2-3 orang tau.
![]() |
SILKA Fried Rice with Spices, Fried Chicken Wing and Egg on the side |
![]() |
Crispy Breaded Chicken Burger served with French Fries & Side Salad |
Selain daripada tu, kepada peminat makanan, lokasi hotel ini sangat ideal kerana berdekatan dengan pelbagai pilihan makanan tempatan. Antara tempat makan menarik sekitar Cheras yang patut dicuba ialah:
🍜 Medan Selera Taman Connaught – Terkenal dengan pelbagai pilihan makanan jalanan
🥢 Restoran Nasi Kandar Pelita – Sesuai untuk peminat nasi kandar
☕ Kafe-kafe hipster di Bandar Mahkota Cheras – Menawarkan suasana santai dengan kopi yang sedap
Kalau rasa nak makan sate, boleh juga jalan-jalan ke Kajang menaiki MRT dan enjoy makan sate di medan sate Haji Samuri. Tak payah fikir nak memandu, jalan yang sesak ataupun nak cari parking dan juga bayar parking. Naik sahaja MRT kan senang! 😊
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Hotel SILKA, Cheras adalah pilihan yang sesuai untuk pelancong yang mahukan penginapan berpatutan dengan kemudahan yang lengkap. Sama ada untuk urusan kerja atau percutian singkat, lokasi yang strategik dan keselesaan yang ditawarkan menjadikannya pilihan yang berbaloi.
Rating Keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐☆ (4/5)
Silka Cheras, Kuala Lumpur
100, Jln Cheras, Phoenix Business Park, 56000 Kuala Lumpur.
Website: www.silkahotels.com/silka-cheras/
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!