Istimewa Ramadan ini, Come True Cafe membawakan kita satu lagi pengalaman berbuka puasa yang luar biasa sambil menikmati pelbagai hidangan lazat dalam bufet 'eat-all-you-can' mereka yang pasti membuatkan kita teruja, terutamanya kepada peminat pasta, piza dan soufflé.
![]() |
Japanese Beef Teriyaki Pizza |
Oleh kerana Come True Cafe berasal daripada Taiwan, mereka juga menyediakan minuman Bubble Tea tanpa had tau. Antara menu yang Sally nak korang wajib makan sebanyaknya macam “Golden Waterfall” Caramelized Soufflé, Mala Fried Chicken (boneless tau!), Sesame Oil Chicken in Taiwan Style Pasta dan Roasted Salted Mackerel Rainbow Rice.
![]() |
Mala Fried Chicken & Sesame Oil Chicken in Taiwan Style Pasta |
![]() |
Roasted Salted Mackerel Rainbow Rice |
Ini antara preference Sally tau tapi korang wajib cuba semua sekali sebab menu-menu dia mmg menarik dan kena dengan selera kita. Selain itu, tak lengkap la kalau jengah ke kafe tapi kita tak cuba kopi dia kan, Sally memang recommend korang cuba Pandan Latte dia, atau seleksi Creative Coffee yang ada macam Lavender Mist.
Bufet sempena Ramadan ini hanya tersedia pada setiap hari Rabu dalam bulan Mac (5/3, 12/3, 19/3, 26/3) bermula jam 7.00 - 9.30 malam. Harga bufet hanya RM88 utk dewasa, dan kanak-kanak 4-12 tahun hanya RM55 (tidak termasuk cas GST 6%). Untuk bufet tempahan awal diperlukan, semestinya yang membuat bayaran penuh sahaja akan dikira! Klik pautan untuk buat tempahan [https://form.jotform.com/250571346696061] 🌙
COME TRUE CAFE
Instagram: www.instagram.com/cometruecafe
Eslite Spectrum KL: Destinasi Gaya Hidup Unik di Bukit Bintang
Seperti yang korang tahu, Come True Cafe merupakan salah satu tarikan kepada eslite spectrum KL. Selain daripada kafe, eslite spectrum KL juga terkenal dengan kedai buku yang luas serta menggabungkan fesyen, seni, makanan, dan budaya dalam satu ruang yang menarik, sangat unik!
eslite spectrum KL mempunyai empat zon utama;
Shopping Village yang menawarkan pilihan fesyen dan produk kecantikan premium, sesuai untuk mereka yang menghargai gaya hidup dan kualiti.
Marketplace yang menyajikan pelbagai barangan unik seperti hiasan rumah dan aksesori gaya hidup. Rambang mata tengok pelbagai jenis fesyen beg tangan dekat sini. Harga pun agak berpatutan walaupun berada dalam kawasan eslite spectrum KL.

Urban Plaza yang istimewa bagi pencinta buku, sebuah syurga dengan koleksi buku antarabangsa serta permainan teka-teki yang mencabar minda. Errr...kalau nak OOTD dekat sini pun cantik, setiap sudut dengan buku tu menjadikan gambar kita sangat aesthetic!
Downtown Square menampilkan butik jenama antarabangsa dan tempatan yang eksklusif, antaranya ada butik Melinda Looi.
Selain membeli-belah, eslite spectrum KL turut menjadi tempat pertemuan budaya dan juga komuniti. Book Appreciation Session, bengkel kreatif, serta aktiviti khas seperti Wednesday Gap Day memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan dengan minat seni yang sama.
Lokasinya juga sangat strategik dengan akses pengangkutan awam seperti MRT dan monorel, memudahkan kita untuk merancang perjalanan, bas GoKL pun ada secara kerap tapi jangan risau sebab tempat letak kereta turut disediakan dengan kadar berpatutan. Jadi sama ada kita ingin membaca buku, mencari inspirasi fesyen terkini, atau sekadar menikmati suasana santai, eslite spectrum KL adalah lokasi yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza.
Eslite Spectrum Kuala Lumpur
L1 01-34, Level 1
(L145, Starhill Gallery, 181, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur)
1 Comments
bestnya menu dia .
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!