Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya sinonim dengan juadah lazat dan detik kebersamaan yang penuh makna. Tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) mempersembahkan hidangan istimewa yang pasti membangkitkan nostalgia dan rasa cinta pada tradisi – Hikayat Ayam Zamrud.
Kisah di Sebalik Hikayat Ayam Zamrud
Korang pernah dengar kisah tentang beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud? Diceritakan bahawa suatu ketika dahulu, suasana perayaan terasa suram dan kurang meriah. Namun, segalanya berubah apabila beg cili hijau berkilauan ini ditemui. Kilauan itu mengilhamkan penciptaan sambal hijau pedas yang penuh rasa – sekali gus membawa keceriaan kepada setiap juadah berbuka dan perayaan.
Mengambil inspirasi daripada kisah tersebut, TCRS memperkenalkan Hikayat Ayam Zamrud – hidangan ayam empuk yang dipadukan dengan sambal hijau pedas, herba beraroma, dan percikan rasa masam limau yang menyegarkan. Setiap suapan membangkitkan rasa yang berani, cukup untuk menggamit kenangan manis di meja makan.
Cipta Kenangan Istimewa Bersama TCRS
Bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan ini, TCRS turut melaksanakan inisiatif amal dengan menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada empat rumah anak yatim di Lembah Klang — Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh. Usaha ini bertujuan untuk membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan, mencerminkan nilai kasih sayang dan perpaduan yang menjadi teras sambutan Ramadan dan Syawal.
Nikmati Juadah Istimewa Ini Bersama Keluarga
Hikayat Ayam Zamrud sesuai dinikmati untuk berbuka puasa, majlis rumah terbuka, atau sekadar hidangan santai bersama orang tersayang. Setiap hidangan menjanjikan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan eksklusif ini di The Chicken Rice Shop sepanjang Ramadan dan Syawal ini! Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.
Selamat menikmati juadah penuh rasa dan penuh makna bersama TCRS!
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!