Baru je dilancarkan secara rasmi pada 20 April 2025, kafe ni terletak kat 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah—yes, lokasi yang cukup ‘underrated’ tapi penuh potensi. Kalau geng-geng ambil lesen dekat KL, sure tau sebab lokasi dia dekat je dengan myEG tu.

Sally berkesempatan untuk ke hari pembukaan dorang, pendek kata dorang ini mmg penuh dengan energy. Bukan je orang ramai datang, tapi turut disertai selebriti tempatan, rakan media, dan penggiat seni visual. Siap ada papan roda hadiah misteri untuk 100 pelanggan terawal. Cool kan?
Apa yang buat 28 Studio KL lain dari yang lain?
1. Lebih dari Sekadar Kafe
Sebenarnya, 28 Studio KL ni bukan je kafe biasa. Ia gabungan unik antara seni, kopi berkualiti, dan ruang komuniti. Ada studio foto layan diri, ruang acara kecil, dan kawasan untuk korang duduk santai sambil tengok hasil seni tempatan. Dinding-dindingnya dihiasi karya pelukis kontemporari terkenal macam Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan, dan Nazrul Jalil – macam galeri mini tapi cozy gila.2. Kisah Di Sebalik Nama
Kafe ni adalah impian yang jadi kenyataan untuk pengasasnya, Qistina Batrisyia. Apa yang lagi sweet, semua interior direka oleh ayah beliau sendiri – Ahmad Nizam Mansjur dari Kayuk Sdn Bhd. Jadi tak hairanlah kalau elemen kayu dan pencahayaan semula jadi kat sini terasa sangat ‘warm’ dan ‘homey’. Nama “28” pun ada makna peribadi, iaitu tarikh lahir pengasas dan ayah dia; simbol permulaan baru buat mereka.
3. Minuman Unik & Instagrammable
Nak tahu apa yang tengah trending kat sini? Matcha Pinkzz, gabungan matcha dan strawberry yang bukan je sedap tapi juga cantik atas kamera. Ramai pelanggan dah mula kongsi review positif dekat media sosial. Confirm akan jadi minuman signature mereka.
Bukan tu je, kalau korang peminat filter coffee, kat sini korang boleh try juga tau. Walaupun mereka ni muda tapi knowledge dorang pasal kopi mmg mind-blowing. Macam mana korang excited cerita pasal crush korang dekat best friend, macam tu jugak la muka dorang ni bila start cerita pasal kopi. Secara peribadi, Sally mmg penggemar kopi cuma bukan sampai tahap nak belajar pasal kopi.

4. Ruang Mesra Komuniti
28 Studio KL memang sesuai untuk semua lapisan umur—mesra kanak-kanak, boleh buat acara kecil, atau nak datang untuk ambil gambar dalam studio layan diri pun boleh. Nak buat sesi private kat “28 Den”? Pun boleh tempah. Fleksibel dan sangat terbuka untuk aktiviti komuniti.Daripada kopi, suasana, sampai la dekat menu-menu yang ada, Sally memang akan suggest kawan-kawan untuk lepak dekat sini. Bukan sekadar kopi, tapi pengalaman penuh inspirasi yang boleh jadi kenangan. Kalau korang belum lagi singgah, sekarang mungkin masa yang paling sesuai. Nak tahu lebih lanjut? Check out Instagram dan TikTok dorang: @28studioKL.
28 Studio KL — Bila kopi dan kreativiti bertemu, magik pun tercipta.
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!