Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!

Pernah tak terfikir, "Bestnya kalau dapat rumah yang tenang, dekat dengan semua benda penting, tapi harga masih masuk akal?"

Haa… sebenarnya tempat macam tu memang wujud, dan salah satunya ialah Laman Sendayan 2.


Bandar Sri Sendayan bukanlah satu bandar yang rahsia, ramai yang memilih untuk membeli kediaman idaman mereka di kawasan yang pesat membangun dan lengkap dengan fasiliti. Laman Sendayan 2 bukan saja sebuah kediaman tetapi sebuah komuniti yang direka khas untuk keluarga yang inginkan hidup selesa, tenang dan lengkap.

Apa yang buatkan Bandar Sri Sendayan ni lain daripada yang lain?


Bayangkan hidup dalam kawasan yang ada semuanya:
Sendayan Merchant Square – kawasan komersial penuh dengan kedai makan, kedai runcit, dan macam-macam jenama besar (McD, Family Mart, Coffee Bean semua ada).

  • d’Tempat Country Club – clubhouse terbesar di Negeri Sembilan dan X-Park Sendayan – taman sukan lasak.

Kewujudan pusat riadah, d’Tempat Country Club, clubhouse berorientasikan keluarga terbesar yang mempunya gym, kolam renang, sukan sesuai untuk semua aktiviti santai serta X-Park Sendayan yang merupakan tempat aktiviti terbesar di Negeri Sembilan, berkeluasan 34 ekar menawarkan tarikan menarik untuk aktiviti bersama keluarga & rakan seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat permainan golf.

  • Matrix Global Schools – sekolah antarabangsa & swasta berstatus tinggi.

Kawasan ini juga memudahkan dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kerana berdekatan dengan banyak pilihan sekolah di kawasan berdekatan antaranya seperti SK Sendayan, SMK (Felda) Seri Sendayan, SMK Bandar Enstek, SJK (C) Tung Hua S2 Heights, SJK (T) Bandar Sri Sendayan, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan.

Senang kata, semuanya ada, tak perlu risau kerana semua kemudahan penting ada di sekitarnya.

  • Hidup Lebih Tenang, Lebih Hijau


Laman Sendayan 2 juga direka untuk gaya hidup yang sihat dan berkomuniti. Ada taman hijau untuk jogging & lepak, laluan basikal, gelanggang futsal serta bola keranjang. Best untuk anak-anak membesar dalam suasana yang sihat & aktif.



“Landed House tapi harga Apartment? Di sini masih ada!”


Inilah part paling menarik – rumah teres dua tingkat kat sini bermula dari RM 405,000 (Bumi) dan RM 450,000 (Non-Bumi). Nak cari harga macam ni untuk rumah landed dalam kawasan lembah klang khususnya sekarang memang susah. Tambahan pula, ni semua boleh jadi sebab ada polisi khas kerajaan negeri yang kawal harga supaya mampu milik.

Saiz Rumah? Cukup selesa untuk keluarga kecil atau besar!
  • 2 tingkat
  • 20’ x 70’
  • 1,601 kaki persegi
  • 4 bilik, 3 bilik air


Jadi, tunggu apa lagi?


Kalau tengah fikir nak beli rumah, Laman Sendayan 2 memang patut masuk dalam senarai pendek. Bukan saja sebab harganya yang berpatutan, tapi juga sebab nilai masa depan yang tinggi kerana kawasan ini semakin berkembang. Jangan berlengah kerana peluang ni tak datang selalu. Berdasarkan projek-projek lepas yang dijalankan oleh Matrix Concepts, projek mereka pantas habis terjual. Bila unit habis, harga lepas ni confirm akan naik. Jadi kalau rasa ini mungkin rumah yang sesuai, jangan tunggu lama-lama.


Nak tahu lebih lanjut? Boleh terus WhatsApp ke https://wa.link/6c2qtc atau layari lamansendayan2.com

#LamanSendayan2 #YourDreamHome #GoodThingWontLastForever #MatrixConcepts

Post a Comment

0 Comments